Wednesday, November 26, 2008

OUR FIGHTS


We’ll take our fights with them
And we’ll go as groups to stop them
And we’ll return our slain rights
And with all force we’ll push them out

By the weapon of truth
And we’ll free the land of frees
And we’ll return the pureness of Islam to Al-Quds
After our weakness and our humiliation

We’ll carry on bring down their fortresses
With strong sounds that will scare them
We’ll erase our humiliation by our own hands
With all force we’ll stop them

We’ll never accept a slain part our lands
And we’ll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with
The Earth will burst inflames and burn them
In Earth there is volcano that are boiling

Sanakhudu Ma’arikana Ma’ahum
Wa Sanamdhi Jumu’an Narda’uhum
Wa Nu’eedul Haqqal Mugtasoba
Wa Bikullil Quwwati Nadfa’uhum

Bi Silahil Haqqil Battari
Sa Nuharriru Ardhal Ahraari
Wa Nu’eedul Tuhra ilal Qudsi
MiM Ba’di Dh-dhuli Wa Dhal ‘Aree

Wa Sanamdhi Nadukkum Ma’aqilahum
Bi Dawiyin Daamin Yuqliquhum
Wa Sanamhul ‘Ara Bi Aydeena
Wa Bi Kullil Quwwati Narda’uhum

Lan Nardha Bijuz in Muhtallin
Lan Natruka Shibral Lidh-dhulli
Sa Tamarul Ardhu Wa Tahriquhum
Fil Ardhi Barakeenun Taghli

Tajuk Entry ni bukan nye tajuk lagu di atas. Cume sengaja saya letakkan tajuk macm tu sebagai peringatan buat diri sendiri yang sentiasa alpa dan leka dengan duniawi sedangkan muslimin yang lain bergelut antara hidup dan mati berjuang untuk mempertahankan kesucian ISLAM. Para pembaca sekalian, boleh dengar lagu ni kat LAMAN JEEHAD.


Wednesday, November 26, 2008

Ciri-ciri Budaya Ilmu Islam


CIRI-CIRI BUDAYA ILMU ISLAM

Berpaksikan tauhid
Bersepadu (elemen Ketuhanan, manusiawi dana alam semesta)
Akhlak tidak boleh dipisahkan daripada ilmu
Kesinambungan bertradisi (contoh Al-Hadis)
Meletakkan Al-Quran dan Sunnah di tempat yang pertama


MEMBUDAYAKAN TRADISI ILMU

Budaya membaca
Budaya berfikir
Budaya berbincang/musyawwarah
Menyelidik, analisis dan menulis

Wednesday, November 26, 2008

Futuristik dalam perjuangan Islam


Baru-baru ini saya sempat menghadiri satu program tarbiyyah di Negeri Sembilan. Dalam sesi penggulungan program, terdapat seruan agar ahli gerakan bersikap futuristik dalam rangka mempercepatkan kemenangan Islam khususnya di Malaysia. Saya memahami akan kepentingan bersikap futuristik ini kerana ia merupakan pemangkin yang bersifat membina dalam usaha melahirkan ahli gerakan Islam yang berjiwa besar, berdaya juang tinggi dan tidak mudah gentar bahkan tidak mudah putus asa dalam menghadapi rintangan dan cabaran dalam perjuangan Islam. Tulisan ini hanya merupakan analisis peribadi dan pandangan saya mengenai futuristik dalam perjuangan Islam.

Saya berpandangan bahawa futuristik mestilah didatangkan melalui ilmu. Kita kembali sebentar kepada matlamat perjuangan yang didokong oleh setiap yang bergelar ahli gerakan Islam iaitu untuk menegakkan kebenaran dan keadilan bagi mencapai mardhatillah (keredhaan Allah). Dan sebagai manusia kita dilahirkan dengan membawa 2 misi iaitu sebagai khalifah dan hamba yang tidak boleh ditinggalkan salah satu daripadanya. Maka terwujudlah satu tertib yang perlu diikuti dalam melaksanakn kedua-dua misi ini iaitu bermula dengan membina peribadi (individu) muslim diikuti dengan keluarga muslim, masyarakat muslim, daulah Islamiyah dan akhirnya khilafah Islamiyah. Maka di sinilah perlunya kepada ilmu.

Dengan ilmu, manusia akan memahami visi dan misi dilahirkan sebagai seorang muslim dan lebih spesifik lagi sebagai insan yang ditarbiyyah sebagai pejuang Islam. Dengan ilmu juga manusia akan bersikap futuristik dalam upaya menjadikan kejayaan orang lain sebagai contoh ikutan, mengukuhkan strategi ke arah kemenangan, seandainya usaha selari dengan doa InsyaAllah kita akan dapat mengecap kemenangan. Dan dengan ilmu jualah kita akan istiqamah di atas jalan pada Duat yang tidak sedikit ujian dan rintangan yang bakal ditempuh.

Akan tetapi, sebagai manusia kita harus ingat bahawa segala sesuatu mestilah berlaku mengikut aturan dan ketertibannya. Firman Allah Taala dalam surah Yunus ayat 3 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam hari. Kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapapun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya...(hingga akhir ayat)”

Mengapa perlu ada enam hari sedangkan Allah Taala Maha Berkuasa menjadikan langit dan bumi dalam sekelip mata? (Jadilah maka terjadilah). Tetapi Allah berfirman dalam Al-Quran enam hari (bukan seperti ukuran waktu sekarang kerana pada masa itu langit dan bumi belum tercipta, maka tiada putaran bumi mengelilingi matahari. Hanya Allah Yang Mengetahui). Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah supaya manusia mengambil iktibar.

Sebarang pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini ada tempoh masa tertentu. Adakala hasilnya boleh dilihat dalam masa sehari, seminggu, sebulan, setahun malahan selepas habis usia barulah orang lain dapat mengecapi hasil daripada usaha kita. Selagi pekerjaan yang kita lakukan tidak mencapai matlamat yang dikehendaki, selagi itulah sebagai manusia kita harus berusaha tanpa jemu dengan penuh tekun dan sabar.

Tidak salah untuk menyeru anak-anak usrah, sahabat sahabiah, ahli2 gerakan sekalian supaya bersikap futuristik kerana ternyata ia merupakan salah satu cara untuk menyemarakkan api perjuangan, namun haruslah diimbangi dengan kefahaman mengenai elemen tadaruj(berperingkat-peringkat) dalam pekerjaan. Seperti dalam kelas, contohnya ada beberapa peringkat dalam menjana kefahaman pelajar bermula dengan fasa engaging, empowering, enhancing dan disudahi dengan closure. Barulah lengkap satu sesi pengajaran dan para pelajar tidak mungkin akan lost kalau mereka menghayati dan mengikuti ke empat2 peringkat ini kecualilah jika mereka tidur dalam kelas. Ini cuma sebagai contoh yang mudah bersangkutan mengenai dunia pendidikan. Mengikut peringkat ini adalah perlu supaya sikap isti’jal (gopoh) dalam melakukan pekerjaan dapat dielakkan. Jangan kerana futuristik, kita mengabaikan gradualiti dalam melaksanakan misi besar kita sebagai khalifah dan hamba.


Wednesday, November 26, 2008

TERKENANG....


Alhamdulillah…Selesai sudah 2 minggu pertama program orientasi guru baru. Masih berbaki 2 minggu untuk dihabiskan kerana kami guru-guru baru perlu berada di sekolah selama 4 minggu selepas tarikh lapor diri. Tujuannya adalah supaya kami dapat mengadaptasikan diri dengan persekitaran baru agar proses Pengajaran dan Pembelajaran pada tahun hadapan dapat berjalan dengan lancar.

Berada di sekolah tatkala rakan-rakan sekerja yang lain sedang enak bercuti di rumah adalah satu perkara yang amat menyeksakan. Manakan tidak, sambil-sambil buat kerja mata saya asyik mengerling ke arah jam kerana tak sabar menantikan waktu pulang. Bosan sungguh. Tetapi, sebab tugas, terpaksalah saya gagahkan juga rasa bosan yang mencengkam jiwa. Mujur ada Kak Nani (pembantu makmal sekolah) sebagai teman bicara untuk hilangkan rasa mengantuk bila jam menunjukkan jam 12 tengah hari.

Sebagai guru baru, sudah tentulah banyak kerja-kerja perkeranian yang perlu dilakukan. Setelah menyelesaikan dokumen2 untuk RC (Report of Change) dan menyelesaikan urusan tuntutan (claim) kami 2 orang guru baru di SMKK ditugaskan menyiapkan buku Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah bagi tahun 2009. Mujurlah saya sudah biasa dengan kerja2 perkeranian kerana sebelum ni pernah buat kerja part time di pejabat kolej dan pernah jadi Pegawai Tadbir aka kerani di Maahad Tahfiz An-Nur. Alhamdulillah, pengalaman yang sedikit itu yang saya sempat kutip dulu dapat digunakan sekarang. Benarlah kata2 yang menyebut tak rugi kumpul pengalaman kerana manusia belajar dari pengalaman.

Dalam mengharungi masa-masa yang membosankan begini hati mulalah terkenangkan sahabat2 yang jauh di mata. Utamanya terkenangkan dan rindu bangat pada kak Fatimah tersayang. Sedang buat apakah dia tika ini. Mungkin sedang menatap blog hati mamanya, mungkin sedang menyiapkan minit2 mesyuarat, mungkin juga sedang print surat sponsor untuk Maahad ataupun mungkin sedang rajut dalam doa merebahkan pada Allah Taala akan kerinduannya pada suaminya tercinta. Kasihan benar mengenangkan mama yang sorang tu. Kesunyiannya bertambah sejak saya pulang ke kampung halaman, tidak dapat lagi menemani dirinya yang keseorangan kerana Ust Rapi (suaminya) ke tanah suci Ogos lalu. Saya doakan Ustaz cepat2 pulang dari tanah suci membawa sejuta rahmat dan keberkatan. Untung2 tahun depan dapatla saya timang anak sedara.

Terkenang juga pada sahabat2 dan adik2 ku Syabi, Huda, Syam, Aimi, Radiah, Uwie dan Pika. Apa khabarlah mereka saat ini. Walaupun jauh saya yakin tautan hati antara kami akan tetap mengikat ukhuwwah ini. Ini terbukti dengan mesej2 rindu yang mereka hantar saban hari. Terasa seperti orang bercinta pulak. Begitulah indahnya ukhuwwah kerana Allah. Bila lagi dapat bertemu kalian. Masing2 dah punya kehidupan mendatang yang kian mencabar. Aimi dengan kehidupan barunya sebagai cikgi di Kuala Langat, Syabi, Huda dan Syam akan menjalani latihan mengajar pada tahun depan. Uwie dan Pika pula akan menjalani semester ke 6 pengajian mereka di UPSI. Radiah pula meneruskan perjuangan untuk bergelar graduan UM tahun hadapan dan mungkin juga akan menamatkan zaman solonya, tapi tak tahu lagi bila (maaf yer Rad, gurau je).

Teringat pula pada sahabat seperjuangan Shida yang juga bergelar cikgi di Penang. Dah lama tak berjumpa, sejak konvokesyen tempohhari. Baru sahaja mendengar luahannya mengenai betapa sukar nak survive di kotaraya Penang. Menyewa apartmen 34 tingkat di tepi sekolah dengan harga sewa RM 600 sebulan. Siap nak kena tipu lagi dengan orang tengah yang tukang kira apartmen tu. Shida yang naif, tapi tak mudah ditipu. Mujurlah berdua dengan seorang lagi cikgi baru. Saya faham, bukan mudah untuk menguruskan kewangan semasa awal2 menapak di alam pekerjaan dengan gaji yang belum tahu bila dapat. Percayalah sahabatku, semua ujian hanyalah bersifat sementara untuk menguji sejauh mana pergantungan kita pada Allah Taala. Adukan segala kesusahanmu dan rasa sukarmu pada Allah Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya.

Manisnya persahabatan bersama kalian sehingga tak ku sedar masa terus menghambat usia kehidupan kita. Waktu2 yang berlalu amat indah bersama kalian. Kalian yang amat memahami dan amat mengerti tiada galang ganti di hati ini.

Friday, November 14, 2008

HANGAT MENGENAI VIDEO KEMATIAN

Sunday November 9, 2008

sumber-http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/11/9/nation/2494065&sec=nation

Mum sees red over funeral video clip shown in school

By KAREN CHAPMAN and TAN EE LOO


PETALING JAYA: A parent has lodged a police report against a school for allegedly showing an inappropriate video clip to Muslim pupils.


Intan Sabrina Mohamad said her eight-year-old son was terrified on Thursday after watching the 20-minute video clip that had explicit images of a corpse.


She said her son’s religious teacher had allegedly inflicted fear in the pupils by telling them, “you need to pray or this will happen to you.”


“My son said he’s seen hell and cried when I tried to put him to bed on Thursday night,” said the boy’s father Michael O’Leary.


O’Leary said the video clip should have been scrutinised by child psychologists to evaluate its impact before being shown in school.


The video clip allegedly shows scenes of funeral services and a corpse wrapped in white cloth with effects of thunder and lightning.


It had the words Sajak Kematian (Poem of death) at the bottom of the clip.

Intan Sabrina, a rehabilitation physician, said her son told her some pupils cried after watching the video.


The mother of two said a parent-teacher association meeting would be held tomorrow to look into the matter.

She lodged a police report at the Damansara Police Station on Friday morning.


According to the police report, a religious teacher had said he did not have to submit the video for scrutiny.

It is learnt he refused to withdraw the video which was shown during an extra-curriculum religious education programme.

Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein has instructed his officers to get to the bottom of the matter.


“If it is true, it is crazy,” he said when contacted.


Ministry director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said officers would visit the school next week and asked parents to write to him so he could investigate the matter.

Meanwhile, Malaysian Exami–nations Syndicate director Datuk Dr Salbiah Ismail clarified the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination will be from Tuesday to Dec 5 and not from Wednesday as was earlier reported.


komentar

sumber : http://www.didikinsan.blogspot.com/

Video 'Sajak Kematian' dikatakan menimbulkan trauma kepada kanak-kanak, benar, dan tidak boleh dinafikan. Namun, adakah trauma ini membawa keburukan atau kebaikan. Inilah persoalan yang perlu diuruskan oleh guru dan ibu bapa. Trauma yang timbul ialah ketakutan tentang kematian. Jika ketakutan tentang kematian maka inilah yang diingini oleh penerbitnya, iaitu menimbulkan ketakutan supaya insan-insan yang melihatnya memikirkan dan bersedia untuk menghadapi kematian termasuklah kanak-kanak.

Orang tua terdahulu berkata "melentur buluh biarlah dari rebungnya." Oleh itu, tayangan kepada kanak-kanak boleh dianggap betul kerana merekalah golongan yang masih suci dan mudah menerima apa-apa yang diajar. Jika tayangan ini kepada pelajar menengah atau golongan remaja, kesedaran atau impaknya tidak sehebat terhadap kanak-kanak. Mereka hanya sedar ketika ditayangkan dan ada antara mereka yang mempertikaikan isi kandungan dan menganggapnya hanya lakonan semata-mata. Pandangan seperti ini tiada pada kanak-kanak.

Bagaimana dengan trauma siri "Puaka Niyang Rapek". Drama ini juga menimbulkan trauma, kanak-kanak yang menontonnya akan ketakutan, takut ke dapur, takut bersendirian, malah takut di bilik air hingga ketika mandi pintu bilik air dibuka supaya ibu dan ayahnya dapat melihatnya. Adakah kita mendengar suara-suara mempertikaikan siri seram di TV3 ini?

Nabi pernah bersabda yang bermaksud orang paling bijak ialah mereka yang sering mengingati mati. Oleh itu, sepatutnya tayangan video 'Sajak Kematian' sepatutnya diterima dengan baik dan dialu-alukan sebagaimana masyarakat menerima siri seram di TV3 yang juga menimbulkan trauma. Malahan, siri seram TV3 ini boleh membawa kepada syirik apabila terlalu mempercayai apa-apa yang ditayangkan, berbanding 'Sajak Kematian' yang benar-benar akan ditempuhi oleh insan-insan bergelar kanak-kanak apatah lagi dewasa.



Wednesday, November 12, 2008

Hari Pertamaku

“Kita nak jadi cikgu, bukan nak kerja sebagai cikgu”. Kata-kata tersebut mengakhiri pertemuan bakal2 guru yang baru mendapat penempatan di bumi Pahang tercinta. Seramai lebih kurang 250 orang guru baru (GSST) bakal melaporkan diri di sekolah yang telah ditetapkan selepas taklimat di Wisma Belia Kuantan selama 4 jam itu berakhir. Pastinya seribu satu perasaan tergambar pada wajah mereka. Ada wajah ceria sebab dapat sekolah mengikut pilihan hati tak kurang yang bermuram durja gara-gara over konfiden dapat balik rumah sendiri.

Saya juga adalah di kalangan mereka. Tapi bukan frust dapat jauh, Cuma frust dan terkejut dapat sekolah yang dekat sangat dengan rumah. SMK Keratong, Bandar Tun Razak, Pahang. Erm nampaknya saya kembali ke sini selepas setahun kerana pada tahun lepas saya pernah menimba pengalaman (ROS) selama 2 minggu di sini. Nampaknya saya akan habiskan 5 atau 10 tahun akan datang (mungkin juga lebih) di bumi Keratong ini. InsyaAllah jika Allah panjangkan usia saya. Mungkin ini merupakan hadiah dan berita gembira buat bonda yang telah hampir 4 bulan hidup bernomad dari Bangi ke Keratong setelah keberangkatan adik yang ketiga Muhd Azri ke Politeknik Dungun Julai lalu. Dek kerana tinggal berseorangan di rumah kerana adik-beradik lain juga masih dalam pengajian (tinggal di asrama) dan ayah yang bekerja di luar negeri (Bangi) maka teratak Felda kami terpaksa ditinggalkan. Kini sayalah yang akan menjadi penghuni tetap teratak indah kami menemani bonda tersayang.

Perasaan masuk sekolah? Berdebar ada jugak walaupun dah biasa dengan suasana dan staf2 di sini. Semuanya agak familiar dengan saya. Cuma mungkin beberapa orang guru yang agak baru (senior2 saya) yang belum saya kenali. Harap-harap saya sempat kenal semua menjelang cuti sekolah Jumaat ini. Akhir-akhir sesi persekolahan macam ni guru-guru sibuk keluar berkursus dan bermesyuarat di peringkat daerah dan sebagainya. Hari ini pun saya belum berpeluang berjumpa dengan Puan Pengetua kerana beliau bertugas di luar sehingg hari khamis. Nampaknya dua hari lagi baru dapat mengadap bos.

Pagi ini bondalah yang menghantar saya ke sekolah. Kembali tersingkap nostalgia tika mula-mula masuk sekolah dulu. Masa tu saya baru mengenal sekolah, bondalah yang menguruskan saya dari rumah sampai ke sekolah. Sekarang bonda juga menghantarkan saya ke sekolah kerana kapcai kami yang sebuah lagi pancit. Terima kasih bonda. Tiada kalimah dapat dipanjangkan bagi menggambarkan rasa syukur saya pada Allah SWT kerana msih memanjangkan usia saya sekeluarga hingga saat ini dan tiada kata dan harta yang mampu membayar harga pengorbanan bonda yang sangat cekal membesarkan dan mendidik kami sesempurna ini. Alhamdulillah..Semoga bonda dan ayahanda dirahmati Allah selalu.

Monday, November 03, 2008

Beruntungnya Hidup Ini Dikurniakan Kalian

Pada 17 Oktober lalu, saya dan kak Fatimah sempat ke majlis rumah terbuka Mak Cik Mahani (teman semasa kami bekerja part time di pejabat KAB dulu) di Kalumpang. Mak Cik Mahani adalah satu-satunya staf wanita di pejabat KAB semasa kami bekerja dahulu selain daripada 3 staf lain yang semuanya lelaki. Jadi dengan makciklah kami selalu menghilangkan tensen bekerja dan buat teman rehat di kafe bila tiba lunch hour.

Tapi tak sempat pun nak snap gambar masa open house makcik sebab terlampau khusyuk menikmati Rendang special makcik dari Parit dan terlalu asyik berborak dengan makcik. Biasalah, kaum hawa bila bertemu macam macam topik ter 'create'. Banyak petua petui yang makcik turunkan pada kami pada malam tu sampai tak ingat malam dah semakin lewat.

Sebenarnya pada malam yang sama kami dah plan nak buat kejutan pada Dayah atau kami panggil Uwie (adik seusrah) untuk sambut hari lahirnya walaupun sudah terlewat seminggu. Maaf yer Uwie, bukan tak ingat, tak sempat je. Biasanya kami akan sambut hari lahir ahli usrah bersama-sama dengan jumlah 10 orang semuanya (Adik TG, Adik Najib, Adik Akmal, Adik Syam, Huda, Syabi, Pika, Uwie, Kak Fatimah dan saya) di kafe. Teringat pula masa sambut hari lahir terakhir arwah Semi 2 tahun lepas di kafe KHAR. Masa tu kami beli kek coklat yang enak bangat di kedai kek KHAR dan untuk sambutan hari lahirnya tahun lepas pula kami hadiahkan sehelai cadar warna hijau yang cantik buat arwah. Sekarang kami tertanya-tanya kat manalah cadar tu. Tulah kenangan terakhir kami buat arwah.
"Ya Allah, rindunya kami pada arwah. Seakan-akan arwah sentiasa ada menemani perjuangan kami yang masih panjang ini. Ya Allah letakkanlah arwah di kalangan arwah para mujahid, semadikanlah arwah dengan aman dan tenang di alam sana."

Mohd Suhaimi Yusof. Kami sentiasa mengingatimu dalam setiap doa kami.


Tetapi saya dimaklumkan oleh Uwie bahawa pada malam tersebut akan diadakan rapat umum sempena PRK di KAB, kami terpaksalah mengubah rancangan melewatkan sedikit majlis sehingga rapat umum selesai. Lagipun Uwie dan Pika sedang sibuk kerana mereka merupakan wakil calon untuk Akmal untuk PRK kali ini. Jadi, TG, Najib dan Akmal terpaksalah tak dapat diajak kerana malam sudah lewat.

(Dari kiri : Muhd Abduh x-UNIMAP bersama TG, Akmal dan Najib semasa Rehlah selepas majlis walimah kak Fatimah di Dungun, Terengganu)


Selepas pulang dari rumah Makcik Mahani kami bergegas ke kampus untuk mengambil Syabi yang baru selesai bermesyuarat dan kemudian terus ke KAB dengan harapan masa masih ada untuk menyertai rapat umum. Kak Fatimah pun memecut laju buraqnya menuju ke proton dan terus ke parking biasa kami di depan surau KAB. Suasana sedang gamat dengan sorakan yang kami pun tak pasti apa puncanya. Kami turun dari buraq dan tak sangka kehadiran kami disambut dengan flash kamera yang bertalu-talu. Tercengang-cengang jugak kami dibuatnya. Diikuti pula dengan teriakan daripada suara yang tidak dikenali mengatakan
"Inilah calon mereka. Dato' mana lah yang sponsor ni.". Aikk???? Ape pulak sponsor2 ni. Waaaaaa, x faham.

Kami terus mendapatkan Uwie dan Pika di depan surau. Rupa-rupanya berlaku sedikit salah faham semasa rapat umum tadi kerana Akmal, calon Pro-Kebajikan atau Pro-Mahasiswa tidak dibenarkan berucap atas alasan yang dikemukakan oleh penyokong-penyokong Pro-Aspirasi bahawa masa dah tamat. Cet, kurang asam betul depa ni. Tapi takpe, akmal yang maco tak cepat melatah. Mengalah tak bererti kalah. Tak pasal-pasal kami dituduh sponsor, padahal kami sponsor kek je untuk Besday Uwie. (Sedap betul cheese kek tu. TQ to kak Fatimah).


Erm..Menyelerakan tak?

Selepas memujuk Uwie dan Pika untuk bermalam di KAB, kami pun terus ke port tetap kami di rumah Syam untuk meneruskan plan kami. Di bawah adalah antara gambar yang sempat kami snap.


Wajah si Besday Girl bersama Kak Syamnye dan Pika.


Uwie dan Kak Syabi. Macam adik beradik tak?


Kami bertujuh meraikan hari lahir Uwie..
(Dari kiri atas : Kak Fatimah, Syabi, Uwie)
(Dari kiri bawah : Saya, Pika, Huda dan Syam)

Indahnya ukhuwwah yang kita jalinkan bersama tanpa mengenal sempadan usia, pertalian darah dan geografi. Dalam hujan dan gelap malam kak Fatimah memandu dari Selayang menelusuri jalan berbengkakng bengkok di Ulu Yam untuk bertemu mata dengan adik-adik usrahnya yang dikasihi walaupun dalam kepenatan kerana baru pulang dari sekolah kerana mengajar sesi petang. Begitulah pengorbanan seorang naqibah untuk membuatkan kami mengerti bahawa ukhuwwah itu memerlukan perasaan kasih yang mendalam atas dasar kefahaman terhadap kalimah tauhid. Bukan sekadar untuk difahami teorinya sahaja, malah praktikalnya adalah lebih sukar jika hati tidak mahu memahami hakikat ukhuwwah itu perlukan kejujuran dan tidak lengkap tanpa diikuti dengan sifat saling hormat menghormati, saling berlapang dada dan saling melebihkan sahabat.

Bagaimana Rasulullah dalam proses mahu menegakkan Islam di bumi Madinah didahului dengan penyemaian terhadap akidah yang murni, yang tak mudah untuk dirungkaikan diikuti dengan mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Mereka bersatu dan saling bahu-membahu untuk menjalankan amanah menegakkan Islam di muka bumi Allah, bukankah kita perlu mengikut sunnah junjungan mulia yang kita kasihi ini?

Saya sangat bersyukur ditemukan kalian dalam perjuangan suci ini. Semoga kita terus dikurniakan Allah rasa kasih ini sebagai penguat dan pengikat jiwa di kala rasa lemah bertamu dalam hati untuk terus berjuang. Terima kasih Allah.

ps : tahniah buat akmal yang telah menang besar dalam PRK baru2 ini. Laksanakan amanah setimpal dengan kepercayaan yang telah disandarkan dan ditunjukkan dengan undian yang mereka berikan. Allahuakbar!

Friday, October 24, 2008

Manfaatkan Teknologi


Sudah lama rasanya tak mengetuk keyboard dan minda untuk mencoretkan sesuatu. Mungkin kerana kesibukan ataupun buat-buat sibuk. Selama beberapa minggu ni saya asyik melayari blog sahabat-sahabat. Barulah saya sedar saya antara orang yang ketinggalan dalam persada mengeblog ni. Dan antara yang membuatkan kepala saya terhantuk apabila membaca blog seorang senior sekolah saya Saudara Aminul Arifin yang kini sedang menemani zaujahnya yang tercinta, yang juga senior semasa di sekolah dahulu (Kak Nini Suhana) menyambung pengajian di luar negara. Biasalah, catatan demi catatan hidup sebagai musafir dititipkan khusus buat ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang berada jauh di mata.

Saya juga terjumpa blog Kak Muna, NISA MALAYSIA melalui blog usrah remaja semasa cuba mencari maklumat mengenai buku usrah remaja keluaran DMPP yang ditulis oleh Saudara Teh Izanuri Jamaludin. Nice tool book that can be used as a guideline for all nuqaba’ remaja seluruh Malaysia. Rupa-rupanya Kak Muna merupakan ipar kepada penulis buku tersebut. Menariknya saya dapati mereka sekeluarga aktif dalam menggunakan laman maya ini sebagai salah satu wadah dakwah yang bergerak dan hidup dalam masyarakat. Saya pernah berjumpa dengan Kak Muna hanya dua kali dalam program NISA di KL dan Perak. Tulisannya dalam blog yang menggunakan tagline Seanggun Bidadari ini cukup menggambarkan personalitinya yang ceria dan simple, sangat sesuai dengan penulisan beliau dalam blognya. Saya berharap agar dapat belajar lebih banyak dari Kak Muna. Sekarang ni dok teropong-teropong blog Kak Mas NISA Wilayah pulak. Kat mane la, kalau cari mesti jumpa punya.

Berbalik kepada cerita asal, sebenarnya satu lagi keluarga yang giat mengeblog ini adalah keluarga senior saya tadi, saudara Aminul. Yang saya katakan terhantuk tadi adalah apabila ‘terbuka’ blog ayahandanya yang menggunakan tagline wadah orang kampung. Saya pun tidaklah mengenali sangat keluarga ini, tapi melalui pembacaan, ayahanda saudara Aminul merupakan seorang guru, samalah macam saya. Beza kami adalah jarak usia yang sangat besar, tapi beliau sudah memulakan blognya seawal tahun 2007. Aduih, terpukul benar saya. Padahal sebagai generasi muda sepatutnya saya lebih awal menggunakan nikmat kecanggihan teknologi ini kerana generasi saya adalah generasi yang membesar dalam arus kepesatan teknologi (Revolusi Teknologi). Terasa macam kufur nikmat pula. Bukan nak "deny" kebolehan warga lama, tapi saya sempat memuhasabah diri bila membaca blog tersebut.

Berbicara tentang wadah orang kampung, saya juga tertarik dengan catatan-catatan kehidupan penulis yang penuh dengan nasihat dan motivasi sebagai orang lama dalam bidang pendidikan. Juga kupasan isu mengenai siasah semasa dan penulisannya tentang tarbiyyah sangat menyangkut tangkai hati saya (betul ke ayat ni). Inilah role-model murabbi yang boleh diambil contoh oleh sekalian yang bergelar cikgu. Hebat mentarbiyyah, di sekolah, di rumah dan dalam masyarakat. Saya mula terlangut berpikir macam manalah saya dua tiga bulan akan datang. Risau pun ada, takut tak dapat laksanakan tanggungjawab mendidik dengan baik. Semoga Allah sentiasa memberi hidayahNya pada saya.

Saya pun masih bertatih-tatih dalam dunia blog ni. Baru je pandai godek-godek dashboard dan belajar macam mana nak tukar-tukar setting dan layout. Semasa baru memulakan blog Tinta Muallim ni lagi teruk, tau post je. Lain-lain tak tau. Teringat pula pesanan seorang naqib, tak guna dok fikir masalah je. Bila umat Islam nak berjaya kalau macam tu. Jadi saya pun tryla godek-godek sendiri kat dashboard tu. Rupa-rupanya bina blog ni mudah je kalau tau cara. (Tapi lagi mudah mencampak2 bawang lada kat dapur). Jadi, sehari dua ni saya selalu menghabiskan masa buat self-tusyen macam mana nak pulak nak tukar template blog saya yang agak sempit ni..Urkhhh..(Buat Permata 1924) yang dengan baik hatinya men’design’ blog ni “Sorilah, sebenarnya ana sayang kat gambar bunga yang cantik tu, tapi rasa macam nak tukar pulak sebab rumah ana ni sempit sangat”.

Dan selama dua hari ini juga saya selalu menemani kakak tersayang meng'update' blognya. Duk tunggu die edit-edit post kadang kadang sampai tersyahid. Tapi saya biasalah jadi pengkritik bahasa dan ejaan sahaja. Rasanya tak rugi kalau pengunjung semua membaca blog yang menggunakan tagline Menuju ke Destinasi Kekal ini. Sekarang ni beliau sedang menulis mengenai bulan Ramadhan yang lalu yang dilalui tanpa kehadiran suaminya yang tercinta, dengan himpunan tazkirah dan peringatan yang berguna buat kita semua. Dan akan menyusul pula kisah beliau pulang ke kampung berhari raya dan kereta pancit dekat highway. Semuanya merupakan pengalaman baru bagi beliau kerana terpaksa megharunginya sendirian. Nak tahu kisah lanjut? Layarilah blog ini. Heee, maaf ye kak dah ter’promote’ blog akak.

Thursday, October 09, 2008

Syabas dan Tahniah


TAHNIAH BUAT CIKGU CIKGI YG BAKAL MEMULAKAN TUGAS PADA NOVEMBER INI. SEMOGA SEGALA ILMU YG DIPELAJARI DAPAT DIPRAKTIKKAN. APA YANG LEBIH PENTING ADALAH MENGANGGAP KERJAYA KITA SEBAGAI SATU AMANAH YANG AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DI AKHIRAT KELAK, BUKAN SEKADAR HANYA SEBAGAI SUMBER REZEKI..DAN INSYAALLAH MENJADI IBADAH SEKIRANYA KITA NIATKAN IKHLAS KERANA ALLAH TAALA.


Ucapan tahniah ini saya rakamkan khusus buat semua sahabat2 yang mengenali saya ataupun tidak, terutamanya teman2 rapat seperjuangan di UPSI dan kampus2 lain dahulu :


Aimi Nabihah (UM), Norhawida Azihan (UPSI) : Selangor

Norshahida Abd Aziz (UPSI) : Penang

Wan Azizun, Darwis, Jupri (UPSI) : Sabah

Noriza (UPSI) : Negeri Sembilan

Norzariyah (UPSI) : Perak

Kauthar, Shukri, Anep, Iyusri, Idham, Fiza, Azi (UPSI) : Sabah / Sarawak

Saya : Pahang tercinta


Setakat ini sahaja rakan2 yg dapat saya update buat masa ni. Pada rakan2 yg terbaca blog ni bleh update kedudukan kalian kat chatbox saya nanti. Mana tau dapat posting kat sekolah yang sama..Semoga berjaya


Saya juga berminat untuk berkongsi satu bahan menarik sesuai untuk para guru/muallim/murabbi. Risalah kecil Quranicgroup sesuai untuk dijadikan sebagai pengisian tambahan untuk students mahupun cikgu cikgi sendiri. Bolehlah dapatkan maklumat lanjut di link ini : http://www.quranicgroup.blogspot.com .Semoga berjaya menjadi pendidik yang benar-benar mendidik.


Thursday, October 09, 2008

Sederhana Tapi Memberi Erti


Aidilfitri kali ini saya rasakan agak sederhana berbanding Aidilfitri yang lepas. Tetapi tetap memberi erti yang besar buat kami sekeluarga. Walaupun kehilangan nenda tercinta (sebelah mak) pada Mac lalu, kami tetap meneruskan tradisi berkumpul atau setidak-tidaknya menziarahi antara satu sama lain. Usaha ini dimulakan oleh bapa saudara kesayangan yang saya panggil ayahngah. Beliau sekeluarga telah datang ke teratak kami di Keratong sehari sebelum raya bagi sama-sama menyambut seruan takbir di malam Aidilfitri. Terharu rasanya hati tatkala mendengar laungan takbir memuji keagungan Allah SWT di pagi raya. Mungkin ini merupakan permulaan bagi kami sekeluarga mengadaptasikan diri dengan menyambut syawal tanpa kehadiran nenda tersayang kerana kebiasaannya kami akan berkumpul di Besut, (rumah nenda a.k.a rumah ayahngah) bagi meraikan syawal. Selepas ini kami mungkin akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah untuk adik-beradik sebelah ibu berkumpul bersama.


Pada tahun ini juga saya cuba meminimumkan pembaziran (azam kami sekeluarga untuk kurangkan pembaziran) kerana setiap kali syawal mesti ada kuih muih atau ketupat rendang yang tidak sempat dimakan lantas menjadi habuan Cik Yam (Ayam) or Cik Nah (Tanah)..Itu bahasa mak saya.. Jadi untuk kuih muih saya hanya buat yang paling digemari oleh adik2, mak dan ayahngah. Untuk abah pula mak pasti akan buat kari daging dan ketupat. Semua makanan favourite saja. Yang agak2 takde orang nak makan kami cut dari list supaya tak jadi habuan Cik Yam dan Cik Nah. Untuk santapan pagi raya kami (nasik minyak) disediakan oleh chef dari Besut (jauh tu). Thanks to Che Ngah. Alhamdulillah, strategi kali ni berjaya.


Mari kita menginsafi nasib saudara kita di Kedah, Penang dan Melaka yang terpaksa beraya dalam banjir. Kita yang serba cukup segalanya perlu ingat akan masih ada yang kurang bernasib baik daripada kita kerana manusia tidak tahu bila waktu dan bagaimana kita akan diuji. Syabas kepada unit Amal Balik Pulau yang berjaya menganjurkan misi kemanusiaan di pagi hari raya. Tatkala insan lain sedang bergembira bersama keluarga di pagi Aidilfitri masih ada insan2 berhati mulia yang sudi meringankan beban insan lain. Syabas dan tahniah atas usaha terpuji tersebut. Untuk maklumat dan paparan lanjut boleh klik kat link ni.. http://landskapsiasah.blogspot.com


Cik Iza

Selayang, Selangor

Tuesday, September 23, 2008

SALAM AIDILFITRI

More AIDILFITRI graphics

Tuesday, September 23, 2008

AIDILFITRI-KEMBALILAH KEPADA FITRAH

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua sahabat yang pernah menemani diri ini sepanjang perjalanan hidup saya. Mohon maaf atas segala keterlanjuran bahasa dan tingkah laku yang telah membekaskan luka di hati sahabat2. Halalkan makan dan minum saya, jika ada hutang saya dengan sahabat2 jangan la malu2 mintak ye.

Aidilfitri merupakan hari kemenangan buat umat Islam setelah sebulan menahan hawa nafsu. Juga merupakan manifestasi daripada kemenangan kita yang berjaya mengubah diri ke arah yang lebih berkualiti setelah diberi bonus yang banyak oleh Allah Taala untuk beribadah dan memuhasabah diri selama sebulan Ramadhan. Ibarat besi yang panas terbakar, Ramadhan membakar semangat dan spritual kita untuk melakukan perubahan mengikut acuan yang kita mahukan berlandaskan kefahaman dan penghayatan kita terhadap ajaran Islam yang sebenar. Semoga titik perubahan yang kita lakukan ini akan membawa makna yang besar buat diri kita bagi meneruskan perjuangan Islam yang telah dirintis oleh Para Anbiya' dan Para sahabat baginda. Kita hanya perlu meneruskan perjuangan ini berbekalkan iman dan keyakinan bahawa kemenangan Islam itu semakin hampir. Semoga semangat Badar Al-Kubra meresap ke dalam nadi setiap pejuang agamaNya yang rindukan syahid. Hidup mulia mati syahid. "Ya Allah aku mahu mati sebagai orang yang berjuang."

Saya akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Felda Keratong. Dek kerana tidak membeli tiket lebih awal terpaksalah saya bertukar 3buah bas KL-Seremban, Seremban-Bahau, Bahau-Keratong. Perjalanan yang panjang mungkin memakan masa sehari suntuk. Di samping itu, bolehlah saya buat survey, yang mana lebih jimat naik bas ekspres yang telah dinaikkan surcajnya sebanyak 30 peratus berbanding naik bas lompat2 macam ni. (Teringat keluhan rakan2 terutamanya yang ingin pulang beraya mengenai kenaikan harga tiket bas yang tentunya membebankan kehidupan mereka sebagai pelajar). Semoga Allah mempermudahkan urusan saya. Mujurlah kak Fatimah, kakak seperjuangan merangkap isteri majikan saya sekarang memahami dan membenarkan saya pulang lebih awal. Jadi pada hari Khamis ni akan berangkatlah saya untuk pulang ke desa yang dirindui.

Buat sahabat handai yang berkelapangan jemputlah singgah ke teratak buruk saya di Felda Keratong untuk berkongsi kesyukuran meraikan Syawal bersama. Semoga Allah panjangkan usia saya dan sahabat2 untuk bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang. Amin Ya Allah..

Monday, September 15, 2008

LAILATUL QADAR


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, September 11, 2008

Elak Marah Semasa Puasa


I’JAZ MENEGAH ORANG YANG BERPUASA DARIPADA MARAH?

Perasaan marah adalah lumrah dalam kehidupan seorang manusia. Seseorang akan berasa marah sekiranya sesuatu keadaan berlaku tidak seperti yang diharapkan atau dijangkakan. Terdapat pelbagai reaksi fizikal yang berlaku ketika marah yang berbeza bergantung kepada individu. Reaksi fizikal yang saya katakan tadi boleh jadi dengan menangis, perubahan air muka secara mendadak, muka menjadi merah, berdebar-debar atau lebih teruk lagi perasaan marah boleh memandu emosi kita terhadap perbalahan. Semua ini berlaku lantaran perubahan hormon yang berlaku akibat rasa marah tersebut.

Untuk entri kali ini saya suka untuk berkongsi maklumat dengan pembaca sekalian mengenai alasan mengapa Rasulullah SAW amat menekankan terhadap mereka yang berpuasa supaya menahan daripada punca-punca kemarahan dan perbalahan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis baginda daripada Abi Hurairah yang bermaksud “ Apabila hari puasa seseorang di kalangan kamu, maka janganlah dia bercakap lucah, janganlah dia menjerit-jerit. Jika seseorang memaki atau menyerangnya maka hendaklah dia berkata : Aku berpuasa”. Di sini saya petik sebuah hujah saintifik mengapa orang-orang yang berpuasa ditegah daripada marah, berkata-kata lucah dan mendekati punca perbalahan daripada sebuah buku yang bertajuk “PUASA Hukum dan Hikmah Menurut Islam dan Fakta Sains Moden” karangan As-Syeikh Abdul Majid Az-Zidani Hafazahullah terbitan Teguh Iman Resources.

Kajian saintifik mendapati bahawa orang-orang yang berpuasa sekiranya diselubungi kemarahan lalu dia bereaksi dengan penuh ketegangan akan meningkatkan perembesan hormon-hormon adrenalina di dalam darah dengan pertambahan yang besar iaitu mencecah 20-30 kali ganda lebih daripada kadar normal. Sekiranya ini berlaku pada waktu pagi iaitu ketika proses penghadaman makanan sedang berlaku (selepas bersahur), maka sistem penghadaman makanan akan terganggu.

Ini adalah kerana adrenalina bekerja untuk merehatkan otot-otot licin di dalam sistem penghadaman, mengurangkan pengecutan hempedu serta berfungsi untuk menyempitkan saluran darah periferal dan meluaskan saluran darah koronari. Pertambahan hormin ini akan menaikkan tekanan arteri darah dan menambahkan kuantiti darah ke jantung serta menambahkan bilangan degupan jantung. Oleh sebab itu, orang yang sedang marah degupan jantungnya akan menjadi lebih kencang dan kadangkala muka akan menjadi kemerahan.

Sekiranya berlaku perbalahan atau perasaan marah pada waktu tengah hari ke atas iaitu pada jangka masa proses penyerapan makan sedang berlaku, maka simpanan glikogen di dalam hati akan terurai dan protein tubuh akan terurai menjadi asid amino serta asid-asid lemak akan lebih banyak teroksida. Semua itu akan meningkatkan tahap glukosa dalam darah, lalu ia akan terbakar untuk membekalkan tubuh dengan tenaga yang akan digunakan dalam perbalahan atau pertengkaran.

Dengan ini, tenaga akan digunakan tanpa kawalan dan sebahagian glukosa akan hilang sebagai air kencing lebih daripada kadar biasa. Kesan daripada itu, tubuh akan kehilangan sejumlah tenaga aktif yang penting tanpa sebarang faedah yang boleh digunakan semula oleh tubuh. Pengoksidaan asid lemak yang banyak juga berkebarangkalian akan menghasilkan jisim-jisim keton yang berbahaya pada darah.

Kesan daripada pertambahan hormon adrenalina yang melampau di dalam darah adalah seperti berikut :




  • Keluarnya jumlah air yang banyak daripada tubuh melalui penghasilan air kencing sedangkan tubuh memerlukan sejumlah air yang cukup lantaran kita sedang berpuasa.


  • Meningkatkan tahap metabolisme asas ketika marah hasil daripada peningkatan hormon adrenalina dan pengerasan otot.


  • Boleh menyebabkan kegagalan jantung atau mati mengejut pada sesetengah individu yang berkebarangkalian untuk itu.


  • Boleh mengakibatkan kegagalan otak pada mereka yang menghidap tekanan darah dan pengerasan arteri.


  • Menambah pembentukan kolestrol daripadaa protein lemak berketepuan rendah.

Oleh itu, adalah lebih baik kita menjauhi daripada punca-punca kemarahan dan perbalahan yang secara jelas boleh mengundang padah kepada kesihatan tubuh badan kita sendiri. Apalah salahnya kita menambahkan membaca Al-Quran dan berzikir bagi mengelakkan diri terjerumus dalam pertengkaran yang hanya merugikan. Sesungguhnya Ramadhan adalah madrasah tarbiyyah yang ampuh buat orang-orang yang sentiasa menanti-nanti kehadirannya dan menghayati suruhan Allah ini.

Tuesday, September 02, 2008

SAAT YANG PASTI


BILA WAKTU TELAH BERAKHIR-OPICK-

BAGAIMANA KAU MERASA BANGGA
AKAN DUNIA YANG SEMENTARA
BAGAIMANAKAH BILA SEMUA
HILANG DAN PERGI MENINGGALKAN DIRIMU

BAGAIMANAKAH BILA SAATNYA
WAKTU TERHENTI TAK KAU SEDARI
MASIHKAH ADA JALAN BAGIMU
UNTUK KEMBALI MENGULANGKAN MASA LALU

DUNIA DIPENUHI DENGAN HIASAN
SEMUA DAN SEGALA YANG ADA
AKAN KEMBALI KEPADANYA

BILA WAKTU TELAH MEMANGGIL
TEMAN SEJATI HANYALAH AMAL
BILA WAKTU TELAH TERHENTI
TEMAN SEJATI TINGGALLAH SEPI

Sayu hati bila menghayati bait-bait lirik lagu nyanyian OPICK ini. Saya benar-benar tersentuh, tatkala pertama kali mendengar lagu ini secara tak sengaja dalam sebuah drama melayu. Betul-betul mengingatkan kepada kematian yang bakal menjemput semua yang bergelar makhluk Allah. Dan kerana manusia dikurniakan akal fikiran, maka dimestikan untuk kita mengingat kematian sebagai salah satu cara untuk mengekalkan dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Kehilangan demi kehilangan berlaku dalam kehidupan kita. Segalanya adalah sebagai peringatan buat kita yang masih hidup supaya terus beribadah kepadaNya, melakukan cukup persediaan agar kita pulang ke pangkuanNya dengan husnul khatimah.

Dua tahun ini menyaksikan kehilangan insan-insan yang amat rapat dengan saya dan membuatkan hati sentiasa teringatkan mereka. Bermula dengan pemergian arwah Pak Su, bapa saudara saya yang meninggal dalam usia yang cukup muda (24 tahun) pada akhir tahun lepas. Allahyarham yang merupakan teman sepermainan saya semasa kecil kerana jarak usia yang tidak banyak beza. Tiada jurang usia antara kami, tetapi Allah memanggilnya terlebih dahulu.

Kemudian arwah nenek pula menyusul pada bulan Mac yang lalu, betul-betul malam semasa rakyat Malaysia sibuk menunggu keputusan pilihanraya umum yang lepas. Hati saya lagi ralat kerana seminggu sebelum itu, saya pernah berjanji akan menjaganya selepas pilihanraya (kebetulan waktu cuti sekolah). Saya sangat rapat dengan arwah nenek kerana pernah tinggal selama setahun dengan arwah semasa sekolah rendah dahulu. Beliaulah yang tak pernah jemu mengejutkan saya bangun awal pagi untuk ke sekolah, menyediakan air mandiam suam sebab saya takut nak mandi pagi dulu, dek kedinginan air perigi. Begitulah pengorbanan nenek. Sekarang segalanya hanya jadi kenangan manis saya diiringi doa agar Allah sentiasa merahmati arwah nenek.

Terakhir adalah pada 9 Jun lalu, kehilangan adik seusrah, Allahyarham Suhaimi.. Kehilangan yang masih terasa hingga kini..selepas kehilangan barulah terasa mahu menghargai..begitulah yang selalu terjadi dalam kehidupan kita. Saya berharap agar kita tidak akan menyesal dengan kehilangan masa-masa sihat yang Allah kurniakan buat kita untuk kita hargai dan manfaatkan sepenuhnya.

Selamat berpuasa buat semua teman-teman. Semoga Ramadhan ini bakal menyucikan diri kita jasmani dan rohani supaya perjalanan hidup kita yang bakal mendatang lebih baik daripada sebelumnya. Al-fatihah buat mereka..AL-FATIHAH

Tuesday, September 02, 2008

ANALOGI

Mengajar Sains kelas terakhir yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar yang baru tamat mengikuti kelas pemulihan bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi dasar kini yang mewajibkan PPSMI membuatkan otak saya sentiasa berfikir bagaimanakah teknik pengajaran yang berkesan bagi membuatkan para pelajar faham dan dapat menggunakan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Saya tidak pasti sama ada ramai yang bersetuju ataupun tidak. Tetapi ini hanyalah luahan hati saya dengan pengalaman mengajar yang tidak seberapa. Pelajar lelaki Cina di kelas saya agak sukar untuk dikawal. Kadangkala rasa patah hati timbul lantaran teguran dan nasihat saya hanya dipersampahkan. Kelas yang saya ingin ceritakan ini, hanya ada dua orang pelajar lelaki Cina, namun sudah cukup untuk buat tekak saya meronta-ronta kepedihan setiap kali kelas berakhir, terutamanya apabila berlangsung sesi amali (makmal). Nama mereka hampir-hampir sama, Lee Kuan Siang dan Lee Hao Yan.

SELAMAT PAGI CIKGU-SUKAR DIUNGKAP

Walaupun mereka agak ketegak (dialek kedah) tapi kesungguhan dan minat mereka untuk belajar boleh saya puji. Bolehlah diranking kerajinan mereka di kelas yang kedua selepas pelajar perempuan asli di dalam kelas tersebut. Lee Kuan Siang umpamanya tidak pernah tidak menyiapkan kerja rumah dan menyiapkan nota. Bila tiba waktu amali dia sangat berminat untuk menjalankan aktiviti walaupun tidak tahu apa benda yang mereka nak buat. Cuma pada awalnya saya kurang menyenangi adab mereka apabila bertemu dengan guru-guru. Kadang-kadang buat tak nampak sahaja, apatah lagi mahu menyapa. Saya pernah menegur mereka berdua dengan baik. Alhamdulillah selepas itu, setiap kali bertembung di tengah jalan, Lee Hao Yan terutamanya akan menundukkan sedikit kepala tanda hormat dan menyapa “Selamat Pagi Cikgu”. Itpun sudah cukup untuk melembutkan hati saya.

Yang sedikit bermasalah adalah Lee Kuan Siang. Sebenarnya bukanlah bermasalah besar, cuma sikapnya yang suka mengganggu ketenteraman rakan-rakan yang lain dengan dialek Cinanya yang kurang difahami kadangkala boleh menimbulkan pertikaman lidah antara mereka. Maklumlah, pelajar tingkatan satu. Agak kebudak-budakan.


ANALOGI TIMBUL SECARA SPONTAN

Pada hari itu, saya agak sibuk menanda kertas PEKA. Jadi persediaan saya agak kurang untuk mengajar tajuk Matter. Selalunya saya akan gunakan slide powerpoint sebagai alat bantu mengajar pada waktu kecederaan seperti ini, tetapi kebetulan pula kelas mereka baru ditukarkan ke lokasi yang agak jauh daripada makmal membuatkan saya berfikir dua kali untuk mengarahkan mereka ke makmal. Mesti memakan masa yang agak lama. Jadi, pada hari tersebut saya hanya mengajar di adalam kelas, menggunakan kaedah tradisional. Marker dan whiteboard.

Selalunya, untuk mententeramkan kelas itu, saya akan menulis atau melukis nota di papan putih, biarkan mereka menyalin nota dan kelas akan sunyi seketika kerana mereka ada kerja yang perlu disiapkan. Jadi, tidak perlulah saya membazirkan suara saya menjerit meminta mereka diam. Sementara itu, sempat jugalah saya menghabiskan kerja-kerja menanda PEKA. Taktik tersebut saya dapat kesan setelah beberapa kali mengajar kelas itu. Walaupun gaya pengajaran tersebut lebih berpusatkan guru, saya puas hati kerana mereka akan mendengar arahan saya dengan jelas dan baik.

Setelah beberapa minit memberikan masa untuk menyalin nota, maka saya pun mulakanlah penerangan saya mengenai Matter. Bermula dengan definition of matter, seterusnya memberikan pelbagai contoh agar mereka lebih faham bagaimana dikatakan jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus serta terpisah (tiny and discrete particles) dan jirim mempunyai jisim (matter has mass). Kemudian, mulalah penerangan saya mengenai jirim boleh berada dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas (solid, liquid and gas). Seperti biasalah, untuk kelas-kelas seperti ini saya perlu memberi penerangan berulang-ulang kali agar mereka lebih memahami. Bermula dengan penerangan dalam bahasa Inggeris diikuti pula dengan penerangan dalam Bahasa Melayu.

Memandangkan muka mereka yang blur tapi buat-buat faham tersebut membuatkan saya terasa kesian bercampur rasa lucu. Agaknya macam nilah dulu sewaktu saya jadi pelajar. Apabila cikgu tanya faham ke tak, dengan cepat jawab FAHAM, hakikatnya dalam otak masih bersimpang siur. Bila balik asrama mulalah berfikir macam manalah nak faham balik apa yang cikgu ajar.. untung ada rakan-rakan yang banyak membantu. Tiba-tiba timbul idea spontan untuk membuat analogi bagi membantu mereka agar lebih faham. Faktanya mudah sahaja, nak bagi mereka ingat yang perbezaan bentuk fizikal pepejal, cecair dan gas adalah disebabkan perbezaan susunan zarah di dalamnya.

TERKENA

Susunan zarah pepejal yang rapat antara satu sama lain akibat daya tarikan antara zarah yang kuat menyebabkan pepejal mempunyai rupa bentuk yang tetap, tidak mudah berubah. Saya pun buatlah cerita, kalaulah kamu sekelas berkerjasama, saling bantu membantu antara satu sama lain serta berusaha bersama-sama sudah tentu kamu akan jadi sekuat pepejal. Tidak mudah diperkotak katikkan oleh orang lain. Tapi alangkah malangnya jika ahli kelas kamu jadi selemah zarah cecair (liquid) atau lebih teruk zarah gas kerana akibat daripada tidak berkerjasama dan tidak saling bantu membantu, mereka tidak mempunyai bentuk yang tetap, suka mengikut bentuk bekas yang mengisi mereka. Jadilah seperti orang yang tidak kuat pendirian, suka mengikut orang lain. Jika orang lain buat jahat, kita pun ikut sama nak buat jahat. Begitulah syarahan saya yang cukup pedas terasa jika ada yang makan cilinya. Memang saya tujukan buat beberapa pelajar yang agak bermasalah kerana suka bercampur dengan rakan-rakan yang bermasalah.

Nampaknya teknik ini berkesan, mereka dah mula ingat perbezaan susunan zarah dalam pepejal, cecair dan gas serta mengaitkannya dengan bentuk fizikal. Jadi sebelum kelas berakhir, saya cuba menguji semula adakah mereka ingat lagi fakta tadi. Nampaknya cerita itu melekat dalam fikiran mereka. Tapi ada suatu hal yang tak saya duga, bila saya buat kesimpulan..saya bertanya..kamu mesti jadi macam?...mereka jawab solid..tapi jangan jadi macam?...mereka pun jawab Lee Kuan Siang. Terpinga-pinga Lee Kuan Siang mendengar namanya disebut. Alahai dia terkena rupanya. Bukan niat saya pun nak mengenakan dia.

Tuesday, September 02, 2008

MUBAHALAH SAIFUL BUKHARI 15 OGOS 2008

“Bismillahirrahmanirrahim,Wallahi,Wabillahi,Watallahi.Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan……………”“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah s.w.t dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah s.w.t sehingga ke hari kiamat.”


Beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak 3 kali dan diikuti bacaan surah alfatihah. Negara gempar dengan keberanian bermubahalah oleh Saiful Bukhari,pelbagai komen,pandangan daripada rakyat yang mengikuti kes ini khasnya.Ikrar sumpah ini dijalankan sehari sebelum penamaan calon di Permatang Pauh setelah kes liwat ini agak lama menyepi di media-media, dan kembali gempar dengan sumpah ini pada waktu2 sebegini…..


Berikut adalah temubual wartawan Sinar Harian bersama Saiful Bukhari:


W: Ke mana hilang selama ini?

S: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untuk mengumpul kekuatan kerana saya telah difitnah dan ditohmah, terutama sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Jadi itulah alasan saya.


W: Kenapa pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?

S: Saya memerlukan kekuatan mental dan rohani kerana bersumpah bukan mudah dan dibuat suka-suka kerana akibat akan dilaknat oleh Allah s.w.t.Alhamdulillah, Allah s.w.t telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini


W: Ada yang kata lebih daripada sekali(diliwat)?

S : Itu saya akan beri keterangan di mahkamah


W: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?

S: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah


W: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

S : Itu saya akan beri keterangan di mahkamah


W: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

S : Keterangan di mahkamah.Saya akan bagi keterangan.


W: Besok penamaan calon, kenapa hari ini……Saya harap kamu faham

S: Secara kebetulan sahaja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding.Laporan saya itu pun pada 28 Jun, kita tidak tahu dia akan bertanding bila.Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah s.w.t. memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini.Dan hari ini hari jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah s.w.t


Sebahagian temubual dengan Saiful Bukhari.


Para pembaca boleh menilainya dan yang mendengarnya secara langsung lebih mampu untuk menilainya…Dr.Asri menyifatkan tindakan Saiful Bukhari mengangkat sumpah mengikut syariat Islam mempunyai risiko yang teramat besar dan bukan mudah bagi seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu adalah benar.‘


Tindakan Mohd Saiful itu akan menimbulkan kesangsian pihak yang dicabar(DSAI) dan bagi menghilangkan keraguan masyarakat, maka Anwar perlu juga melafazkan sumpah mubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.’..Keberanian dan kesanggupan Saiful Bukhari amat dikagumi……


...juga digeruni….Wallahu’alambissawab...Semoga Allah menunjukkan kebenaran,meyungkurkan kebatilan...Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil....


Teringat masa belajar PQS masa sekolah menengah dulu. Gerun bila ustazah Rozita ceritakan bahawa bermacam bentuk laknat yang Allah boleh turunkan sekiranya pengakuan yang dibuat adalah palsu. Nauzubillah, semoga dijauhi daripada azab Allah..

Saturday, August 30, 2008

GURU SEBAGAI ROLE-MODEL

Sudah lama tidak mencoretkan kata-kata dalam blog tercinta ni. Sebenarnya bukanlah sibuk. Masa Allah dah bagi 24 jam. Semua insan dapat peruntukan masa yang sama. Tapi bagaimana caranya saya menguruskan masa sejak akhir-akhir ni. Bermula pada awal Ogos, sehingga akhir Ogos banyak perkara penting berlaku. Mungkin bakal menjadi penentu kerjaya saya pada masa akan datang.

Sebenarnya banyak perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah yang terbaru dan masih sedang berjalan adalah PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) yang telah dilancarkan di bawah RMK ke 9. Pelan ini adalah salah satu usaha penting bagi menjayakan modal insan berminda kelas pertama yang menjadi salah satu agenda dalam prinsip Islam Hadhari. Nah, begitu besarnya impak pendidikan dalam rencana pembinaan negara jika difikirkan semula. Bukan sahaja untuk difikirkan, malah untuk dihayati bersama.

Dan antara perubahan yang dibawa melalui PIPP adalah untuk memperkemaskan syarat pengambilan guru adalah sesuatu yang amat saya setuju. Dan inilah yang bakal-bakal guru atau lebih tepat bakal GSST (termasuk saya) tempuhi awal Ogos lalu. Kami perlu menghadiri temuduga penempatan GSST! Apabila saya bertanyakan pendapat rakan-rakan semasa di SMKHK dahulu mengenai soalan-soalan yang biasanya ditanyakan semasa temuduga, ramai yang terkejut (sebenarnya tidak tahu) mengenai temuduga sebelum penempatan ini. Saya berharap ini merupakan salah satu usaha positif pihak kementarian bagi melahirkan guru yang benar-benar layak menjadi role-model pada generasi muda kini.

Saya amat terkilan dan amat cemas apabila terbaca dua kisah dalam akhbar mengenai tingkah laku segelintir guru yang mengabaikan tanggungjawab ini. Terdahulu, seorang guru berasal daripada Wilayah Persekutuan tertangkap di Terengganu kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral bersama pelajar sejenis dengan memaksa dan memberikan upah kepada mereka. Dan yang terkini di Johor, seorang guru lagi ditangkap kerana positif dadah. Dua insiden ini amat memalukan. Maka, tidak hairanlah jika masyarakat kini semakin mempertikaikan kewibawaan guru-guru dalam mendidik anak-anak mereka.

Saya teringat semasa berada di Tapah. Kebiasaannya kami serumah (terdiri daripada 4 orang) akan keluar ke pasar malam pada setiap hujung minggu kerana harga bahan-bahan basah agak murah berbanding di kedai biasa. Para peniaga di sana seakan-akan sudah kenal lama dengan kami, walhal baru tidak sampai sebulan kami menetap di sana. Soalan yang ditanya “Ye, cikgu. Nak beli apa?”. Kami akan berpandangan sesama sendiri, senyum dan bertanya macam mana pakcik kenal kami cikgu. Mereka hanya akan ketawa. Apabila masuk ke dalam kereta kami akan bertanya sesama sendiri “Pelik, macam mana mereka tahu kite ni cikgu? Ada cop ke muka kite ni cikgu”. Memang pelik, tanpa perlu diberitahu, masyarakat selalunya kenal cikgu, mungkin daripada anak-anak mereka, jiran-jiran, mahupun rakan-rakan.

Satu lagi semasa berada di cyber cafe. Disebabkan kemudahan internet di sekolah agak terhad, saya dan rakan serumah kerap mengunjungi cyber cafe di taman kami untuk melayari internet, mencari bahan-bahan pengajaran, check email dan kadang-kadang check friendster! Maklumlah, berpisah dengan rakan-rakan lama, hanya teknologi mampu mengubat kerinduan. Sedang khusyuk surfing, tiba-tiba ada suara menegur “Uisy, cikgu pun main freindster jugak”. Terkedu sekejap, rupa-rupanya anak murid pun selalu masuk CC tu. Tapi kami lagi pandai pusing, “kamu buat apa kat sini Pojan, patutla kerja rumah tak pernah siap. Sini rupanya tempat lepak kamu”. Itu sebenarnya ayat cover. Hakikatnya malu juga bila student perhatikan apa yang saya buat.

Dua cerita saya tadi sudah cukup untuk membuktikan tingkah laku seorang guru amat diperhatikan oleh masyarakat setempat, dan inilah yang menjadikan kehidupan seorang guru lebih mulia. Setiap tindakan yang mahu diambil perlulah berhati-hati agar tidak melanggar sensitiviti setempat, pandai mengambil hati yang lebih tua, bersopan dengan yang muda, berhemah dalam pergaulan, menjadi contoh terbaik buat masyarakat dan menunjukkan akhlak yang indah setiap ketika. Bagi kami, tiada masalah bergaul dengan jiran-jiran setaman walaupun jurang usia kami jauh berbeza. Jiran-jiran amat mengambil berat kehidupan kami berempat di sana, maklmumlah, cikgi-cikgi bujanglah katakan. Dan kami amat menyenangi situasi tersebut.

Monday, August 11, 2008

MUSLIMAH DAN DAKWAH

Peranan muslimah dalam lapangan dakwah adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi. Bermula seawal penurunan wahyu yang pertama kepada baginda Rasulullah SAW, sehingga kini muslimah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah ini. Menyoroti sirah kehidupan wanita agung, Saidatina Khadijah Khuwailid yang menjadi manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam dan kemudian mengorbankan seluruh kehidupan termasuk harta, masa dan tenaga terhadap jalan dakwah sepatutnya menjadi idola dan inspirasi seluruh muslimah dalam menjalankan tanggungjawab yang besar ini di samping tidak mengabaikan tanggungjawab utama mereka sebagai isteri dan ibu dalam sesebuah keluarga muslim (baitul muslimah).

Fenomena yang memisahkan wanita dari perjuangan Islam merupakan salah satu karat jahiliyyah yang ditinggalkan kepada seluruh kaum muslimin sehingga tanpa kita sedari ia menjadi fitnah kepada agama Islam yang syumul itu sendiri. Islam dikatakan menindas kaum wanita dan menyekat kebebasan kaum wanita untuk menjalankan tanggungjawab sosial mereka akibat daripada salah faham yang ditimbulkan ini. Justeru, selaku kaum muslimah khususnya, kemandirian kita dalam gerak kerja dakwah adalah suatu perkara yang penting bukan sahaja sebagai melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjwabkan, bahkan untuk memastikan salah faham yang berbentuk perjuangan feminisme yang menyerap ideologi liberalisme yang dipelopori oleh barat ini dapat dihentikan. Inilah cabaran terbesar buat muslimah sekalian yang mengaku bergelar seorang daieah.
Wanita sama seperti lelaki dalam melaksanakan dakwah serta menjalankan amar makruf nahi munkar.
“Kaum mukminin dan mukminat, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian lainnya. Mereka menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar.”
(At-Taubah:71)
Firman Allah juga, “ Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia. Kalian menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar serta kalian beriman kepada Allah.”
(Ali Imran : 110)

Daripada kedua-dua firman Allah di atas, jelas menunjukkan bahawa tidak wujud sama sekali yang dikatakan “double standard” terhadap kaum muslimin kerana mereka sahaja yang diperintahkan oleh Allah untuk berdakwah dan mengaut pahala yang banyak berbanding kaum wanita kerana cerminan terhadap amal kita baik kaum muslimin mahupun muslimat di hadapan Allah adalah terkandung dalam Ayat-AyatNya seperti di atas bersandarkan kepada amal yang ikhlas.

Sepertimana yang pernah disebutkan oleh Ust Nasarudin Mat Isa, dalam sebuah artikel beliau yang bertajuk “Peranan Wanita Sebagai Daieah”, beliau menyatakan bahawa Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia sama ada lelaki mahupun perempuan adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat. Kebanyakan perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali pun membezakan antara mereka dari segi tanggungjawab di atas muka bumi mahu pun pembalasan di akhirat nanti.

Justeru berlandaskan kepada kesedaran inilah, kaum muslimah yang mempunyai ilmu pengetahuan seharusnya menjalankan kewajipan dakwah ini dan membimbing kepada kebaikan semampunya berdasarkan firman Allah:
“Ajaklah mereka kepada jalan Rabb-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta debatlah mereka dengan cara yang paling baik.” (An-Nahl:125)
“Katakanlah: Inilah jalanku, aku berdakwah kepada Allah berdasarkan bashiroh (ilmu), aku dan orang yang mengikutiku.” (Yusuf:108)

Monday, August 11, 2008

Adab-Adab Seorang Muslimah

Wanita telah ditinggikan kemuliaannya dengan kedatangan agama Islam melalui wahyu yang telah diturunkan kepada para rasul. Anda tentu sudah tidak asing dengan cerita khalifah Islam yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab yang menanam hidup-hidup anak perempuannya kerana kepercayaan pada zaman tersebut bahawa anak perempuan hanya akan membawa nasib malang pada keluarga. Ini tidak lain tidak bukan, hanya meletakkan wanita sebagai serendah-rendah makhluk yang berada di muka bumi ini. Namun, kedatangan syariat Islam menenggelamkan segala kezaliman yang sekian lama wujud ini.

Menurut Profesor Dr Yusof Al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk Sistem Masyarakat Islam dalam Al-Quran Sunnah, beliau menyebut bahawa Islam telah menghargai kewanitaan wanita dan Islam menganggap wanita sebagai unsur penyempurna bagi kaum lelaki, sebagaimana lelaki juga penyempurna bagi wanita. Maka bukanlah antara satu sama lain dari mereka itu sebagai musuh, bukan pula sebagai saingan, akan tetapi wanita sebagai penolong bagi kaum lelaki untuk menyempurnaan keperibadian dan jenisnya, dan sebaliknya. Oleh kerana perkaitan yang erat antara lelaki dan wanita inilah Islam memperlakukan wanita dengan baik tanpa merendahkan dan menghina mereka.

Sesuai dengan kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam, maka wujudlah garispanduan yang perlu diikuti oleh kaum wanita itu sendiri bagi melindungi diri mereka daripada terlibat dengan fitnah bahkan menjadi sumber fitnah dalam menjalani kehidupan mereka sebagai seorang muslimah. Walaupun agama Islam telah menjaga kepentingan seorang wanita supaya dilindungi sepenuhnya sepanjang usia mereka, (bermula daripada menjadi tanggungjawab bapa, kepada menjadi tanggungjawab suami, sehinggalah menjadi tanggungjawab anak-anak lelaki mereka), kaum wanita seharusnya bijak membezakan antara perkara yang baik mahupun sebaliknya. Saya ingin katakan di sini adalah kaum wanitalah seharusnya peka dengan tuntutan-tuntutan syariat Islam sekiranya ingin menjalani kehidupan yang tenang di dunia dan di akhirat, walaupun ada insan lain yang dipertanggungjawabkan menjaga diri mereka.

Bagi membantu para muslimah sekalian, di sini saya cuba menyenaraikan apakah adab-adab atau garispanduan yang perlu diikuti oleh seorang muslimah dalam kehidupan mereka terutamanya apabila berada jauh daripada penjagaan keluarga ataupun suami berdasarkan penulisan Profesor Yusof Al-Qardhawi.

Pertama. Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya, sebagaimana firman Allah SWT

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...'" (An Nur: 31)

Kedua. Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata. Allah SWT berfirman

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain jilbabnya ke dadanya."
(An Nur: 31)

Ketiga. Hendaknya jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan kedua betis kecuali kepada suaminya atau muhrimnya. Allah SWT berfirman

“Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. . ." (An-Nur: 31)

Keempat. Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara. Allah SWT berfirman.

“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ... " (An-Nur: 31)

“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32)

Kelima. Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan (tabarruj) dengan dandanan ala jahiliyah. kerana ini bukanlah akhlaq seorang wanita yang bersih. Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian keluar dari rumahnya agar dicium baunya oleh orang maka ia berzina." (HR. Abu Dawud)

Maksudnya seakan ia berbuat zina, meskipun ia tidak berbuat demikian, maka wajib atas wanita menjauhi perilaku seperti itu

Keenam. Wanita dilarang berduaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan muhrimnya, hal itu untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita-berita bohong. Nabi SAW bersabda

“Jangan sekali-kali seseorang itu bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali dengan muhrimnya" (HR. Muttafaqun 'Alaih)

Ketujuh. Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa dan kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, berta'awun untuk kebaikan dan ketaqwaan, yang tidak terlarang bagi wanita itu untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas-batas syari'at dalam bertemu dengan lelaki.

Begitulah antara adab-adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang wanita muslimah. Islam telah mengatur kehidupan muslimah dengan sempurna agar terhindar dari sebarang tipu daya. Jadi kepada para muslimah sekalian, saya ingin berpesan kepada anda dan diri saya sendiri, jagalah maruah kerana maruah merupakan cermin diri kita.