Tuesday, March 24, 2009

Walimatul Urus Badrulhisyam dan Khulailah

Kali ini saya nak post gambar semasa walimatul urus salah seorang sahabat saya yang dikasihi fillah.. Khulailah dengan pasangannya Badrulhisyam.. Sebenarnya dua2 pengantin kawan saya masa matriks dulu. Kira betaut hati di matriks la ni..Ikikikiki..Tapi pembaca2 semua jangan salah faham yer.. Mereka xdela bercinta pon. Cuma berkawan, bertunang dalam jangka masa yang agak lama (sebab dua2 belum habis stadi lagi masa tu) dan pada tarikh 20 hb Mac 2009, mereka selamat diijabkabulkan dalam suasana penuh kesederhanaan. (I like this kind of wedding ceremony).. Simple, utamakan yang perlu sahaja. Bak kata sorang kakak kat sekolah saya kita bukan nak hidup bersama hari nikah sahaja, malah the rest of our life bersama. Jangan kering kontang lepas kawen sudah... Hehe

Bad sebelum mendengar khutbah nikah dan sebelum akad nikah. Jelas nampak berdebar. Biasa la, nak pikul amanah baru.

Ramai juga yang hadir malam masa akad nikah tersebut. Of coz la yg ramai tu sedara mara daripada kedua2 belah pihak. Dan tak ketinggalan minah2 sibuk ni ade jugak. Seronok betul dapat jumpa kengkawan especially beloved kak ti with her husband n anak sedara (kak nora), mek syam, huda, neng, nana with her little Umar.

(Neng, nana n umar, mek syam, kak ti, me n kak nora. alamak mekda xdela..tu tengah ambik gambo..hehe)

Dan masa tengah tunggu si Bad ni menyelesaikan urusan dengan tok kadi dan bapa mertuanya hati ini x sabar2 nak pi terjah bilik pengantin sebab nak jumpa Khulailah. Memang dah lama kami tak jumpa mungkin dekat 2 tahun kot sejak saya dan dia sibuk berpraktikal kami jarang berpeluang untuk berjumpa. SMS pun sekali sekala sahaja. Tapi saya tahu hati kami masih bertaut sebab kami punya ikatan yang lebih bermakna. (Amacam, Bad jangan jeles yer). At last dapat juga masuk masa batal air sembahyang..Hehe ni gambar yang sempat di snap oleh photographer yang x diundang ni...

Pandai jugak si Bad ni pakaikan gelang. Mesti dah praktis kat rumah ni pakaikan gelang kat adik..Hehe

Kulai sarungkan cincin kat husbandnye. Sempoi

Bila nak cerita history macam mana saya dan Kulai boleh rapat sampai sekarang memang panjangla. Tapi kami mula rapat sejak hujung sem 2 masa kat matriks. Sebelum tu just kenal gitu2 je, jumpa kat surau blok. Erm, ape yang best mengenai sahabat saya yang sorang ni, bila dia bercakap memang touching our heart la. Kalau jadi kaunselor memang sempoi. Tapi sekarang ni dah jadi Pharmacist la plak. Hehe. Dan Bad pun mula mengusha Kulai ni masa dah dekat2 nak habis matriks la. Kira saya jadi orang tengah jugak la sebab Si Bad ni pulak suka citer masalah kat saya dan Hani. Kami memang rapat sebab sama JPP. Bad sampai sekarang panggil saya dan Hani kakak, even die lebih tua daripada kitorang. Perasan muda punya Bad. Bile terkenang semua kenangan rasa macam nak pi semula ke zaman matriks. Memang sangat syok. Kenangan paling best ialah time joging hari ahad, kami panjat bukit kat belakang kuarters pensyarah. Sampai kat atas tu baring ramai2 sambil tengok awan dan berangan. Nak tau berangan ape? "Antara kita sapela kawen dulu ek?". Hahaha..lucu betul. And then gang joging tu sekarang yang masih membujang adalah...hahahaha..hani, saya, jiha dan maz. Yang dah selamat adalah kulai, fizhah dan wardah.. Huhu, miss my old time so much..

Kengkawan lama..Me, Kerk (zaujah Syafiq Zakaria) dan Kulai.

Ape2 pun trip ke Terengganu kali ni memang sangat bermakna sebab yang pertama dapat jumpa all mek gediks yang saya rindui..Sham, Huda n Kak Fety..Rasa masa sekejap je berlalu.. Hope to see all of you soon. Waaaaa...nak lepak lama2 ngan korang. Cume agak terkilan sebab Bi, Uwie dan Pika x dapat join sama. Xpe, ade rezeki akan jumpa jugak nanti. Sebab yang kedua, dapat makan keropok lekor sedap beli dekat kemamang. Nama gerai die 188. Puas cari kedai sebab ingatkan 888. Silap da... Kedainye dekat je dengan R n R Chendor. Carilah..

Miss u all so much..

Apa2 pun selamat berbahagia buat Bad n Kulai. Semoga kekal ke akhir hayat.

Last but not least..ni gambar pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dapat kami curik. Sebenarnya susah bangat nak ambik gambar mereka berdua. Huhu. Puas kami kejar. Shy shy cat gitu..

Semoga akan lahir tunas2 Islam yang bakal menyambung perjuangan Islam.

Monday, March 23, 2009

Management Diaryku..

Pernah tak anda rasa diari merupakan suatu kepentingan dalam hidup anda? Jawapannya hanya anda yang tahu kerana setiap manusia menggunakan diari untuk tujuan atau kegunaan tersendiri. Diari juga memang sangat signifikan dengan wanita kerana wanita suka meluahkan perasaan tidak kiralah secara lisan mahupun tulisan.. Jadi melalui tulisan mungkin diari menjadi salah satu medium untuk mencoretkan apa2 sahaja yang menggambarkan perasaan mereka setiap detik, setiap hari, minggu, bulan dan seterusnya..(Ini spesies yang rajin tahap dewa la ni).


Ini antara koleksi diari saya sepanjang dua tahun berjinak2 menulis dalam management diary..hehe

Diari ni dibeli dengan harga RM 10 (selepas diskaun 50% masa kat Perak dulu, thanx Cg Jamal yg bermurah hati jualkan diari ni pada cg Praktikal. Edisi terhad ni, cg lain pon ade tak dapat. Tapi saya jarang guna sbb terlalu tebal. Hanya untuk koleksi sahaja)


Bagi saya pula, saya kurang minat catat setiap peristiwa yang berlaku dan perasaan saya dalam diari. Kenapa ek? Sebab takut orang baca..hahahaha..Diari pertama yang saya gunakan secara official adalah pada tahun 2007. Itupun sebab ada junior hadiahkan semasa besday yang ke 22 (Adik Taifik UM, x sangka taufik bagi diari..hahahahaha). dulu2 pernah la poyo2 tulis2 dalam diari tu, last2 adik ku yg suke bz bodi bace..Nasib baik takde tulis ayat jiwang2 karat dalam tu..Hehehe..At last, saya pon sedar saya bukanla jenis macam tu..Diari tu saya gune sekejap je dan lepas tu memang x lekat kat tanganla. Ntah mane2 saya letak..When I noticed, waaa.. dah hujung tahun la nak masuk tahun baru diariku banyak yang kosong xde tulisan..hehehe. Masa tu saya lebih suka guna planner yg kak fety hadiahkan instead of diary..cun gile planner tu kak fety buat sendiri untuk saya, sham n die. Tapi takde la gambarnye sbb kene selongkar kotak la. Dah hapus kira sbb dah 2 tahun lebih..

Tapi pada tahun 2008, saya mula guna Management Diary.. Harga murah je. RM 7.50 je kat Mydin..Ikikikiki. Sebab apa yer gune? Sebab masa tu nak start praktikal kat SMK Hamid Khan, Tapah. So saya pon beli la management diary tu untuk salin2 minit mesyuarat ke ape. Iyela cikgu ni x habis2 dengan mesyuarat.. Luckily sekolah tu memang sangat kurang mesyuarat..(Sukenye time tu).. Jadi fungsi diari tu berubah sebagai tempat rujuk jadual mengajar coz skolah tu punye jadual rotate 3 minggu sekali, susah nak hafal jadual. Saya akan salin nama setiap kelas yang akan saya masuk, masa dan subjeknye dalam diary tersebut..

Tapi rutin menulis jadual tu lama2 bertambah. Saya jadi terlebih rajin pulak. Kadang2 saya tulis semua kerja yg saya buat dalam satu2 hari. Tu yang lama duk termenung kat meja.."Apa lagi yang aku buat hari ni"..Macam berangan pon ada..Heheh..Macam bukan diri sendiri pulak bila fikir2. Tapi jangan silap faham, saya hanya akan tuliskan hal2 berkaitan dengan kerja, kewangan, dan notis2 mesyuarat. Sampai sekarang pon macam tu la..Nak2 pulak time gaji msti lagi lama termenung fikirkan cane nak bajek kewangan supaya fix2 nak tunggu gaji lagi skali..Hehe

Ni contoh catatan ringkas yg saya buat mengenai aktiviti harian.. Nampak macam tak penting, tapi ada kegunaannya untuk masa hadapan.

Ni pulak planner tahun 2008..Masa tu manyak gak program2 yang penting dan perlu dicatat tarikhya supaya x lupa dan boleh rancang pengurusan masa secara makro.

Ni planner 2009 sebenarnya, syarikat printing silap cetakla tu. Hentam sajala labu..

Ada cerita yang ingin saya kongsikan mengenai kepentingan management diari ni. Baru2 ni kerani sekolah tempat saya praktikal dulu telefon memaklumkan bahawa sekolah terima satu surat daripada PPD atas nama saya mengatakan saya berhutang dengan KPM sebab duk kuarters pendidikan daripada januari sampai disember 2008.. Ape lagi terkejut babun la jawabnye, bile plak la saya duk kuarters kat tapah lu. Then baru teringat saya pernah apply nak duk kuarters masa nak praktikal dulu, dah ambil kunci pun..Tapi sebab dapat tingkat 5 (malas nak angkut barang+ x fully furnished + jauh dengan sekolah) saya dan kekawan x jadi duk sana. So kami pulangkan semula kunci kat PPD dan mentap di Taman Bukit Indah dengan nyaman dan selesanya.. ( bangga x hengat)

Al-kesahnya, saya pon dah kalot semacam telepon mak buyung yg sorang kat teluk intan yg sedang cbuk di pasar (norzariyah, sori ngaco ko pepagi) untuk konfemkan yang memang kami dah pulangkan kunci..Dia pon kate dah. So how come dorang boleh lupa. Aduih, kes naya ni kalu kene bayar setahun punye sewa kuarters..habisla tunggakan elaun perumahan aku..huhuhu..Then orang tu siap amik nama sekolah aku ngajar sekarang..Mana tak gelabah labah-labah dibuatnya. Dihantarnye surat warning kang, dah jadi isu kat opis skul baru saya ni..

Jadi saya pon tergerak nak belek management diary 2008 yg beum dihapus kira lagi. Hehe, selamat, kalo tak jenuh saya nak mengubang bilik stor untuk identify location diary tu..Huhuhu.. Syukur Alhamdulillah, saya catat tarikh pi hantar kunci tesebut di PPD Batang Padang, cuma nama pegawai yg terima tu je saya x catat. Kira okla tu.. Then apa lagi bukak PC terus taip surat rasmi. Disebabkan gelabah campor bengang dalam masa x sampai 20 minit siapla surat yg mengesahkan saya dah pulangkan kunci dan tarikhnya pada 11 Januari 2008. Saya minta jasa baik pihak PPD semak semula rekod pemulangan kunci supaya tidak timbul kekeliruan lagi, dan saya "s.k" kan surat tesebut pada pengetua Hamid Khan.. Then, emel ke mama Noraz untuk dihantar ke PPD Batang Padang dan SMK Hamid Khan.

Then dalam pukul 4 petang hari yang sama Noraz kol bagitahu semua dah setel. Mungkin berlaku pertukaran staf di PPD menyebabkan staf tu xtahu yang ada buku rekod pemulangan kunci tersebut..Alhamdulillah...

Jadi apa yang saya nak pesan, belajar2 la mencatat setiap urusan anda dalam diari sbb mungkin ia akan berguna pada masa hadapan. Dan jangan hapus kira diari sebelum cukup setahun.. PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DIBAWA OLEH CIKGU IZA...

Sunday, March 08, 2009

Bahasa Melayu untuk Sains, Matematik tetap realistik

Bahasa Melayu untuk Sains, Matematik tetap realistik

Dr Isahak Haron

Kajian TIMSS 2007 mendedahkan kemerosotan prestasi pelajar Malaysia dalam dua subjek teras lebih ketara

WALAUPUN Kementerian Pelajaran menerima pelbagai maklum balas mengenai pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kerajaan masih menangguhkan keputusan sama ada mengekal atau kembalikan mengguna bahasa Malaysia.

Isu ini perlu dilihat secara menyeluruh. Apakah hasil kajian antarabangsa mengenai prestasi pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains? Pada 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in Internationhal Mathematics and Science Study (TIMSS 2007).


Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.

Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit.

Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah signifikan, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu.


Berdasarkan laporan itu, hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003.

Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.

Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori Matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus).

Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus).

Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian Sains juga merosot secara mendadak.

Ulasan laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian Matematik dan Sains ialah di kebanyakan negara, pelajar yang menyatakan mereka belajar Matematik dan Sains dalam bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa kedua/asing.

Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan.

Peranan penting bahasa keluarga dalam pembelajaran akademik, misalnya Matematik dan Sains, banyak dikaji. Hasil kajian ini menunjukkan kemahiran kognitif (berfikir) akademik berkembang terutama melalui bahasa pertama.

Apabila pelajar cuba belajar bahasa kedua dan terus belajar misalnya Matematik dan Sains melalui bahasa kedua, pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif akademik yang lemah, iaitu pelajar sukar mempelajarinya.

Pendidikan dalam bahasa keluarga amat kritikal untuk kanak-kanak mencapai tahap kematangan mental iaitu kemahiran memahami dan membina konsep secara membina misalnya proses pembelajaran dalam subjek Matematik dan Sains.

Penjelasan ini relevan dalam konteks hasil kajian dan ulasan TIMSS yang menunjukkan pencapaian Matematik dan Sains pelajar mengguna bahasa keluarga untuk pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini secara purata lebih tinggi berbanding mereka yang belajar subjek berkenaan dalam bahasa kedua. Ini kerana bahasa keluarga di sekolah memudahkan pelajar memahami konsep subjek berkenaan.

Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.

Bagaimana kes Singapura? Penggunaan bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains di Singapura adalah hampir sama dengan bahasa keluarga kebanyakan pelajar, sejak lebih 30 tahun lalu dan bahasa Inggeris meluas diguna dalam komunikasi harian di Singapura.

Berdasarkan dapatan kajian ini, Unesco mencadangkan bahasa keluarga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bagi memudah dan mengukuh kefahaman konsep kepada pelajar.

Malah, semua negara dalam Kesatuan Eropah menerima dasar untuk mengajar mata pelajaran utama seperti Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda, manakala bahasa kedua wajib yang boleh dipilih ialah bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman.

Di Malaysia, pada 2003, pelajar tingkatan dua yang menjadi sampel kajian TIMSS 2003 belum terbabit dalam dasar belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Mereka belajar dalam bahasa Malaysia dan prestasi mereka dalam kajian TIMSS bagi kedua-dua kohort 1999 dan 2003 itu adalah baik dan membanggakan.

Ia kerana pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu memudahkan kebanyakan pelajar mempelajari dan memahami Matematik dan Sains.

Kajian sekumpulan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2008 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2006 menunjukkan 70 hingga 80 peratus pelajar Tingkatan Dua menyatakan mereka sukar mengikuti pengajaran guru Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Berdasarkan huraian di atas, kita boleh buat kesimpulan bahawa faktor utama yang boleh dihubungkait dengan kemerosotan mendadak prestasi Matematik dan Sains pelajar Malaysia dalam kajian TIMSS 2007 ialah pertukaran penggunaan bahasa penghantar Matematik dan Sains di sekolah dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, iaitu bahasa kedua atau asing bagi kebanyakan pelajar, terutama pelajar Melayu.

Penggunaan bahasa Inggeris menyukarkan kebanyakan pelajar belajar dan memahami Matematik dan Sains. Sukar kita mencari sebab lain yang munasabah kenapa kemerosotan mendadak ini berlaku dalam TIMSS 2007 berbanding dengan 2003 dan 1999.

Bagi Matematik jatuh dari 508 mata pada 2003 ke 474 pada 2007; dan bagi Sains pula jatuh dari 510 pada 2003 ke 471 pada 2007. Kemerosotan mendadak ini adalah yang terbesar di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian. Prestasi pelajar kita dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia juga merosot.

Perlu diingat bahawa Matematik dan Sains di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) diajar dalam bahasa Cina, bukan dalam bahasa Inggeris. Bagi sekolah kebangsaan (SK) pula, semua murid belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris iaitu bukan bahasa keluarga mereka.

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 secara bandingan menunjukkan peratus murid SRJKC mencapai gred cemerlang meningkat, sementara prestasi murid SK pula merosot. Kebanyakan murid SK sukar memahami Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, dan 70 peratus daripada mereka memilih membaca dan menjawab soalan Sains UPSR dalam bahasa Melayu. Lebih 90 peratus murid SRJK Cina memilih menjawab Matematik dan Sains UPSR dalam bahasa Cina, tidak dalam bahasa Inggeris.

Kesan negatif ketara berikutan pelaksanaan PPSMI adalah pendidikan Matematik dan Sains di Sekolah Kebangsaan, sekolah yang lebih 90 peratus murid Melayu/Bumiputera menerima pendidikan Matematik dan Sains.

Sepanjang enam tahun lalu mereka belajar dua mata pelajaran penting ini dalam bahasa Inggeris (bukan bahasa keluarga). Pembelajaran dan prestasi mereka lemah. Dasar PPSMI ini tidak menjejaskan pembelajaran dan prestasi murid SRJKC kerana mereka terus belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Cina dan ditambah dengan istilah Inggeris.

Kajian UPSI (2008) mendapati lebih 70 peratus pelajar Melayu/Bumiputera di SK terutama golongan sosioekonomi rendah di bandar dan luar bandar berdepan kepayahan belajar kedua-dua mata pelajaran berkenaan dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini akan berterusan.

Oleh kerana asas Matematik dan Sains pada peringkat rendah ini lemah, kelemahan ini secara kumulatif dibawa ke peringkat menengah dan tinggi. Golongan yang mendapat faedah daripada pelaksanaan PPSMI ini ialah 20 hingga 30 peratus pelajar daripada keluarga profesional, menengah dan bandar, yang sebahagian besarnya mengguna bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa keluarga.

Adalah satu 'anggapan palsu' (fallacy) bahawa kecekapan dalam bahasa Inggeris itu menjadi prasyarat penting untuk membolehkan pelajar meneruskan pelajaran tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Yang sebenarnya adalah sebaliknya. Pengetahuan yang kukuh dalam Matematik dan Sains pada peringkat rendah dan menengah menjadi prasyarat pengajian tinggi dalam pelbagai bidang sains dan teknologi, bukan bahasa Inggeris.

Ertinya jika pelajar lemah dalam pengetahuan Matematik dan Sains, mereka sukar melanjutkan pelajaran peringkat tinggi dalam bidang sains dan teknologi, bukan kelemahan dalam bahasa Inggeris. Pengetahuan yang kukuh dalam Sains dan Matematik (sebelum terlaksana PPSMI) membolehkan pelajar kita menyambung pelajaran tinggi dengan mudah di United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Korea, Jerman, Russia, selain dalam bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia.

Dengan mudah mereka belajar bahasa kedua untuk meneruskan pengajian mereka sebab pengetahuan Matematik dan Sains mereka kukuh. Perkembangan latihan modal insan dalam sains, teknologi dan profesional akan terjejas teruk terutama di kalangan bangsa Melayu/Bumiputera.

Dasar PPSMI mengecilkan peratus dan bilangan pelajar Melayu yang cekap dalam Matematik dan Sains untuk pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Strategi pembangunan modal insan melalui dasar PPSMI adalah strategi yang salah untuk membina keupayaan modal insan sains dan teknologi anak bangsa.

Ia terus membantut keupayaan ekonomi mereka dan perkembangan ekonomi seterusnya. Ini akan melebar jurang antara kaum dan kelas sosioekonomi dan boleh menjejaskan kestabilan negara.

Strategi yang munasabah dan realistik untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan bermakna bagi pelajar kita ialah kembali semula kepada dasar mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu kerana hasil Kajian TIMSS 1999 dan 2003 membuktikan prestasi pelajar kita dalam Matematik dan Sains dalam kohort yang diajar dalam bahasa Melayu itu tinggi.

Sebaliknya kohort yang diajar dalam bahasa Inggeris (PPSMI) 2007 itu prestasi ujian Matematik dan Sains TIMSS 2007 mereka merosot dengan ketara, kerana kebanyakan mereka sukar belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Pelaksanaan dasar kembali mengguna bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik tidaklah sesukar seperti yang cuba digemburkan. Baiki kurikulum dan pendekatan bahasa Inggeris untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar sekolah rendah dan menengah kita. Ini tidak sukar dilaksanakan.

Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron ialah Profesor pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim merangkap Ketua Pengkaji Kesan PPSMI Terhadap Prestasi Mata Pelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah dan Menengah 2008


sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20090303223151/Article

Sunday, March 08, 2009

PEJUANG BAHASA DILAYAN LEBIH TERUK DARIPADA PENJENAYAH

First impression tengok gambar ni, hati saya terdetik..macam kat Palestin la..yang bezanya di sana rakyat dihujani peluru api, di sini rakyat dihujani peluru gas pemedih mata.

Begini sukarkah nak menyuarakan pendapat dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini? Buat perhimpunan aman pon kene bedil jugak?

Pejuang Bahasa- Datuk A. Samad Said dibenarkan untuk menyerahkan memorandum di Istana Negara, tapi dikawal ketat bak penjenayah.

Last but not least..inikah bukti demokrasi?
Nilailah sendiri dengan akal yang waras..Kita punya generasi yang bakal menyambung warisan dan peninggalan kita. Jika kita tidak perjuangkan nasib mereka, siapa lagi?




P/S : Gambar-gambar dan video di atas diperoleh daripada laman-laman yang lain.