Monday, April 13, 2009

KEBIN 09

Agak lama memeramkan gambar2 semasa program KEBIN di TAHAP pada 3 hingga 5 April yang lepas di dalam folder. Kesuntukan masa membuatkan saya menangguh2kan usaha untuk meng"upload" gambar2 tersebut.

Sedikit coretan ringkas mengenai program

-program ini adalah anjuran bekas pelajar TAHAP yang kebanyakannya terdiri daripada bekas pelajar SPM 2004. Tahniah buat adik2 semua kerana berjaya mengumpulkan senior2 TAHAP sebagai urusetia program. Kalau saya tak silap dalam 30 orang atau lebih senior2 TAHAP yang turun untuk menyumbangkan tenaga. Dan biasalah, senior yang paling "muda remaja" mestilah dari batch 2002 (Me, Fara n Syed Faiz). Huh, sungguh jelas keremajaanku bila bersama adik2 tersayang di TAHAP.

Saya dan Fara-Ukhuwwah tak mengenal sempadan geografi dan waktu

-Sebenarnya rasa teruja yang teramat sangat sebab dah lama sangat tak join program dengan junior2 TAHAP ni. Walaupun badan saya sangat letih dan kepala berdenyut2 kerana penin2 lalat sebab baru balik dari mengiringi students untuk perkhemahan KRS dan NGO di Janda Baik sebelum itu, saya gagahkan diri jugak untuk pergi ke sana, sekolahku terchenta. Kalau ikutkan nak drive Gen2 a.k.a Fahriku ke Jerantut, tapi bila fikir2 keseraman jalan Kerayong-Bera-Temerloh membuatkan saya membatalkan hasrat dan cuba cari alternatif lain yang lebih jimat dan tidak memenatkan..Ikikikiki... Caranya adalah tumpang Kak Faizah dan A.Shahril (pasangan x-TAHAP, SPM 1999) yang memang kebetulan nak balik ke Lipis pada minggu tersebut. Actually kak Faizah adalah teman sebelah meja saya kat SMK Keratong..Pusing2 jumpa budak TAHAP jugak kan..Waaaaa..pucuk dicita ulam mendatangla.

-Tetapi, ada satu perkara yang agak menyedihkan. Saya memang x sempat nak amik gambar dekat tempat2 bersejarah di TAHAP, especially tempat2 yg meninggalkan banyak memori seperti aspuri, dewan makan, kelas 5 Sina, dewan utama dll kerana saya jatuh demam bila sampai sana.Uhuk uhuk..Jadi telan panadol dan tidurlah yang mampu saya lakukan. Mintak maaf pada urusetia jika saya x dapat menjalankan amanah dengan baik. Tapi demam sekejap je, sebab seronok boleh jumpa Fara, we shared all the sweet moments together. Tak mau tido la, sebab nak habiskan sebanyak masa yg mungkin dengan sahabatku yang sorang nih. Yela, siang2 dah gerenti x sempat bercerita sebab bz dengan program.

Fara bersama adik2 fasilitator yang lain

Fara lagi? Aiseh..

Dan- special tribute to my LDK group : Zulbasyirah, Yuslina, Nur Azira, Siti Nur Ain dan Nurul Syafini. Seronok dapat jumpa adik2 semua dan berkenalan dengan adik2 semua, bercerita, berkongsi pengalaman bagaikan satu keluarga. Rasanya dua hari tu memang tak cukup kan? Takpe, lepas2 ni kite keep in touch dan kalau korang jumpa akak kat blog ni atau kat mane2 tegurla, k.
Khusyuk nampaknye Ain, Pini, Yus, Basyirah dan Azira melakukan aktiviti dalam kumpulan. Baguih betul..adik sapa ni?

Pini dan Ain yang malu2 kucing

Yus, basyirah dan azira dok bincang apa tu?

-Saya juga berkesempatan handle aktiviti semasa explorace bersama Fara dan si kembar (x ingat nama, Fazril ke Fazrul) untuk aktiviti pidato umum / "public speaking". Aktiviti ni sangat menguji kebolehan adik2 untuk bercakap dengan audiens yang berbagai jeins ragam dan piil. Tajuk pidatonya mudah je, tapi audiens dasyat. Ada yang gelak x henti2, ada yang ngantok memanjang, ada yang buat tak tau je, ada yang tanya soalan out of topic, ada yang siap jalan2 ke tempat lain dan ada jugak yang terlampau berminat nak tanya sampai x terjawab si pemidato dibuatnya. Ada video tapi saya tak taw la mcm mana nak upload sebab dah dua tiga kali upload x berjaya. Jadi saya upload gambar je la ye.



Setakat ini sahaja yg dapat saya kongsikan bersama. Perlu meneruskan usaha mengumpulkan bahan untuk Minggu Sains minggu depan. =)

4 comments:

ShiLa said...

huhu..jelous la iza dpt pi kebin09..ssh dah skang nak join progrm tahap..ari sab2 kt keje la..nak mnta cuti pn susah skang..:/

ummu faqieh said...

Hehe..shila, kitorang dapat jupe Nabilah dgn mehdi akif..huhu..bdk2 ni kate muke mehdi mcm muke ust sahadan..sy pon x perasan la..hehe

Anonymous said...

Pertama nak beri respon kepada blok ini. Tahniah kerana dah jadi guru. SMK Kerantong. Kalau tanya mana-mana guru Sains di Rompin yang senior mungkin mereka kenal saya. Haji Yusof Ibrahim, GC Sains. Di Keratong saya kenal Cikgu Maizun, Guru Sains yang kini jadi Pengetua. Selamat Berblog.

ummu faqieh said...

Terima kasih cikgu..saya kagum dengan Wadah Orang Kampung..semoga semangat org2 lama mcm cikgu akn membakar semangat org2 baru mcm saya ni untuk mendidik anak bangsa dengan baik berlandaskan kehendak dan acuan Islam.. saya pernah dgr nama Cikgu Maizun kalau x silap pengetua di SMK Bantura, dekat je dengan SMK Keratong. Teguran dan nasihat cikgu amat saya harapkan.terima kasih kerana sudi ziarah