Saturday, April 25, 2009

SCIENCE WEEK 2009

Assalamualaikum..

Post kali ini saya mahu berkongsi dengan semua tentang minggu Sains yang julung2 kali diadakan di SMK Keratong.. SCIENCE WEEK 2009 telah berlangsung selama 5 hari bermula daripada 20 April hingga 24 April 2009. Majlis pelancarannya diadakan secara gilang gemilang di Dewan Ibnu Sina, SMKK dengan gimik roket terbang dekat syiling dewan..Tapi roket terbang guna tali je..Nak wat paracut konfem2 la basah kuyup students dan risiko atap bocor boleh terjadi..Huhu.. Apa2 pun tahniah buat Cikgu Azira, Cikgu Hidayah, Cikgu Yo dan teams kerana berjaya menyediakan gimik yang hebat tersebut. Tapi, cikgu amat frust sebab Puan Pengetua yang mencetuskan ide mengadakan SCIENCE WEEK ini dan yang penting meluluskan bajek n_n tidak dapat hadir pada majlis pelancaran kerana menghadiri kursus di Terengganu.

Para pelajar khusyuk mendengar penerangan daripada KP Sains mengenai perjalanan SCIENCE WEEK 2009

Menonton slaid persembahan SCIENCE WEEK 2009

Banner yang cantik ini adalah hasil tangan students form 5. TQ.. Nampak tak roket kecil dekat tengah2 belon purple tu? Ha, tula roket yang disediakan oleh x-student SMKK tahun 2006. Bile roket sampai je kat belon, belon pecah then taraaa..banner pun turun..


Ini pula antara pertandingan yang disediakan dalam SCIENCE WEEK 2009. Pertandingan cooking with nature. Apa tu?


Inilah bendanya-memasak air menggunakan tenaga solar dengan gabungan peralatan yang boleh memErangkap tenaga haba daripada cahaya matahari. Pemenang tempat pertama adalah daripada kumpulan lelaki 3KK dengan catatan suhu sebanyak 59 darjah Celcius.


Ini pula pertandingan roket yang terbahagi kepada Paracut dan Trajektori. Berpeluh cikgu2 menghakimi pertandingan sebab penyertaan sangat2 menggalakkan melibatkan 24 kumpulan bertanding dan roket mereka power-power.


Antara peserta bertanding- Pemenang adalah kumpulan Syafa Pooh dengan catatan trajektori sejauh 130 meter dan Paracut selama 29 saat di udara.


Ini pula aktiviti pameran di makmal Fizik, Biologi dan Kimia. Gambar di atas adalah students saya (Timah, Azi, Ana, Anis, Najwa dan Hani) yang baru siap menyediakan sabun dalam makmal. Macam2 bau dan warna sabun mereka sediakan melalui teknik Saponifikasi.

Ini pulak Saintis Ipin yang melakukan eksperimen Kereaktifan Logam Alkali. Habis bahan kimia dikerjakannya. Tak pe Ipin, yang penting tak ada letupan berlaku. Bijak-bijak.

Ini pula radas penyulingan untuk menghasilkan Ester melalui proses pengesteran. Sangat boring tunggu eksperimen ni. Tapi seronok sebab dapat bagi pendedahan awal pada para pelajar.


Ini pulak di makmal Biologi. Pembedahan katak untuk melihat Sistem Peredaran Darah dalam katak. Balik rumah je terbayang katak sampai x lalu cikgu nak makan. T_T

Ini Gunung Berapi Kandang Kambing..Hehe. Sapa nak resipi gunung berapi ni? Angkat tangan..

Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua penggerak program dan semoga SCIENCE WEEK 2009 memberi manfaat kepada semua para pelajar SMKK.

USAHA ASAS JAYA

Cikgu Iza
12.39 pm
26 April 2009

5 comments:

Anonymous said...

Assalam mualaikum wr wbt
Pertama, Tahniah kerana dah jadi cikgu. 16 Mei nanti sambutlah Hari Guru. Saya akan menyambut Hari Guru terakhir pada tarikh itu sebelum bersara wajib, 56.
Selepas dah berjaya buat Minggu Sains, buat pula KEM Sains. Kami di Lipis biasa buat Kem Sains. TK

ummu faqieh said...

Terima kasih cikgu..sudah nak melangkah ke alam persaraan, mesti banyak ilmu dan pengalaman yang masih belum dicurahkan kepada cikgu2 baru..hehe..saya harap sangat dapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada cikgu

Anonymous said...

Kalau diperlukan saya boleh tolong. Saya memang ada banyak pengalaman dalam P&P&P (pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran) Saya pernah dilatih oleh PPK, LPM dan juga EPRD. Saya juga telah banyak menyumbang kepada LPM, JPN juga PTK.

Hidet said...

Salam.

Semoga dapat jadikan anak2 murid skrg ni saintis di masa akan datang.

Regard

ummu said...

ASSALAMUALAIKUM..wah posting kat kampung sendiri.tahniah..senang lah gitu.teringat pula kenangan di keratong...