Monday, August 24, 2009

Selamat Datang Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, June 19, 2009

KITALAH GURU-GURU ITU


“ Kamu semua orang Islam bukan ?” Cikgu Fauzi bertanya sebaik masuk ke kelas Tiga Hijau pagi itu. Kebetulan dua orang rakan sekelas berketurunan India masih belum selesai dari mengikuti matapelajaran Moral di kelas sebelah.

“ Ya, Cikgu,” saya dan rakan-rakan menjawab serentak. Pandangan kami tepat ke wajah Cikgu Fauzi yang tersenyum mendengar jawapan tadi.

“ Baik, kalau betul kamu orang Islam saya mahu tengok kamu jadi orang Islam setiap hari, bukan Islam pada hari Jumaat sahaja,” tegas Cikgu Fauzi sambil memandang muka kami silih berganti.

“Murid lelaki berseluar panjang, manakala murid perempuan berbaju kurung dan bertudung kepala. Itu baru betul ikut ajaran agama. Yang lelaki Nampak lebih tampan, yang perempuan pula bertambah ayu dan lebih sopan,“ kata Cikgu Fauzi mengumpan. Kami yang mendengar tersenyum malu-malu melihat masing-masing hanya berseluar pendek bagi lelaki, sementara perempuan pula hanya memakai ‘pinafore’ biru. Bila tiba hari Jumaat baru kami mengenakan pakaian menutup aurat.


KENANGAN LALU


Peristiwa itu telah dua puluh lima tahun berlalu. Namun didikannya masih saya ingat hingga hari ini. Walaupun Cikgu Fauzi seorang guru biasa, tetapi ketegasan beliau mendidik kami mengamalkan ajaran agama sangat memberi kesan kepada jiwa.

Pada zaman awal-awal lapan puluhan, kesedaran beragama masih baru menjalar dalam masyarakat di tempat saya. Kerana itu, bilangan murid-murid sekolah rendah yang memakai baju kurung dan bertudung kepala sepanjang hari-hari persekolahan sangat sedikit. Orang kata, boleh dibilang dengan jari. Ditambah pula momokan akhbar arus perdana dengan kemunculan ‘hantu komkom’ ketika itu, menjadikan suasana untuk mengamalkan pakaian syariat ini tidak begitu mesra dan melata.

Walaupun demikian, Cikgu Fauzi tidak pernah menjadikan suasana begitu sebagai alasan untuk tidak mengajak kami kepada kebaikan. Kesannya, hampir seluruh murid-murid perempuan di kelas saya mula memakai baju kurung lengkap menutup kepala bila naik ke tahun Empat Hijau berikutnya. Kami bangga melakukan itu, kerana Cikgu Fauzi sentiasa mengingatkan kami bahawa kami mulia kerana mengamalkan ajaran agama.


GAJI vs AMANAH


Akan tetapi realiti hari ini amat jauh berbeza. Bukan sahaja tidak ramai guru-guru bukan dari aliran agama yang mahu membawa suasana beragama di dalam pengajaran mereka, malah ada sebahagian guru-guru agama sendiri yang tidak bersungguh-sungguh menjadikan kerjaya guru sebagai ibadah yang boleh melimpahkan pahala berganda. Telah tandus minat dan keinginan, semakin melebar pula jurang dakwah untuk menyeru kepada kebaikan.

“ Ah, budak-budak tu nak pandai ke tidak, terpulang pada mereka. Aku tahu cukup bulan gaji masuk,“ luah seorang guru dengan nada geram. Marah barangkali dengan gelagat anak murid yang tidak tahu hormat kepada guru yang lebih dulu makan garam.

Saya akur sukarnya menjadi guru di zaman serba material ini. Bukan sekadar mengajar subjek-subjek yang telah ditentukan, tapi ada banyak senarai tugasan sampingan lain yang juga perlu dilangsaikan. Itu belum lagi dikira jumlah mesyuarat dan kursus-kursus yang perlu dihadiri. Mengenang itu semua, saya ikut emosi dan simpati.

Kerana itu, Allah SWT berfirman di dalam al Quran tentang nasihat Luqman al Hakim kepada anaknya yang bermaksud :

“Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Surah Luqman : Ayat 17)

Merenung ayat di atas, terlihat betapa besar peranan seorang guru terhadap perkembangan fizikal dan spiritual anak didik demi melahirkan generasi yang berkualiti dari segala segi. Mereka berperanan mendekatkan para pelajar kepada Yang Maha Mencipta dengan mengajar pengetahuan baik berupa fardhu ain mahu pun fardhu kifayah agar terserlah kebesaran dan kekuasaan Allah. Baik guru biasa mahu pun guru agama, mereka perlu berkerja dengan serampang dua mata. Memberi ilmu dan dalam masa yang sama menyuntik sedar tentang tanggungjawab anak didik sebagai manusia yang mempunyai Tuhan. Menyemai jiwa kehambaan.

Guru yang baik bukan mendambakan wang gaji sebagai ganjaran penat dan payah semata-mata, tetapi kesedaran untuk berperanan sebagai pendidik dan pemandu arah yang boleh dicontohi dan diikuti oleh anak didik. Walau banyak rintangan yang mungkin menahan dalam usahanya mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran, semua itu perlu dihadapi dengan tabah serta mengharapkan keredhaan Allah.

Tiada ganjaran yang lebih baik selain pengiktirafan dari Allah SWT terhadap golongan pendidik yang mengajar kebaikan, menuntun kepada mentaati dan mengagungkan Allah serta ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan. Allah SWT menegaskan menerusi firmanNya yang bermaksud :

“ Dan tidak ada yang lebih baik perkatannnya daripada orang yang menyeru kepada ( mengesa dan mematuhi perintah ) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, seraya berkata : Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam ( yang berserah kepada Allah) “.

( Surah al Fussilat ayat 33 )


KISAH DAUN


“ Baik, murid-murid. Siapa boleh beritahu Cikgu, apakah warna daun pokok ?” tanya seorang guru kepada anak muridnya.

“ Warna hijau Cikgu,” kata anak murid di hadapan.

“Warna merah pun ada Cikgu,” jawab pula murid di sebelah kiri.

“ Bukan merah je, warna kuning dan coklat pun banyak, Cikgu “ tambah anak murid yang duduk di bahagian belakang sekali.

“ isyh isyh, salah tu, mana ada daun warna coklat, kuning dan merah,” bidas Cikgu sambil disambut gelak ketawa teman-teman sedarjah. Anak murid yang menjawab berkerut dahi tertanya-tanya siapa benar dan siapa yang salah.

Murid di sebelah kiri pernah duduk di negara terbitnya Matahari. Bukan sekadar pernah melihat, fotonya berlatarkan daun merah juga masih ada sebagai bukti. Manakala murid yang duduk di sebelah belakang pula menjawab demikian kerana itulah warna-warna daun kala musim luruh di United Kingdom.

Seorang guru yang alim dan berilmu pengetahuan tidak akan cepat membuat keputusan sebelum meneliti segala kemungkinan. Alangkah elok lagi wajar jika guru terlebih dulu mendapatkan penjelasan dari jawapan yang diberikan. Seorang guru yang cepat melatah, pasti akan merah wajah bila kebenaran ternyata sudah. Malu kerana berbuat salah dek takut menyatakan yang benar!


LUAS PENGALAMAN, BERTAMBAH PENGETAHUAN


Ilmu dan pengetahuan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari diri seorang guru. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

Seorang guru yang baik akan menjadikan dirinya tergolong dalam mana-mana kumpulan yang disebut oleh Nabi sebagaimana hadis di atas, iaitu menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain, menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu), mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu dan menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka KECUALI golongan kelima iaitu kumpulan yang digelar sebagai ‘bodoh sombong’. Tahu bahawa diri tidak tahu, tetapi pura-pura tahu dan tidak mahu menambah ilmu.

Amat bahaya seorang guru yang mengajar tanpa ilmu, sekadar buat-buat tahu kerana malu untuk mengaku. Dia akan membawa pelajar ke lorong yang salah kerana tidak tahu arah simpang yang benar. Jadilah dia sesat dan menyesatkan orang lain pula. Justeru, luaskan pengalaman dengan banyak membaca, bertanya dan belajar. Pasti akan bertambah pengetahuan dan seterusnya apa sahaja perkataan akan menjadi bekalan buat anak didik meneruskan kehidupan.


KITALAH GURU-GURU ITU


Walau siapa pun kita, sedar atau tidak kita juga merupakan guru tidak langsung kepada diri dan mereka yang berada di sekitar kita. Seorang suami adalah guru kepada isterinya. Seorang ibu pula merupakan guru kepada anak-anak, cahaya matanya. Begitulah seterusnya, semua berperanan sebagai pendidik untuk diri dan orang-orang yang disayangi.

Bagi saya, tiada guru yang lebih layak dijadikan contoh selain guru bernama Muhammad Bin Abdullah, Rasulullah Junjungan tercinta serta para sahabat dan sahabiah di zaman Baginda. Pada mereka terhimpun segala tauladan terbaik untuk menjadi guru yang cemerlang walau apa pun peranan yang dimainkan. Baik sebagai anak, suami, isteri, ayah, ibu, kakak, abang, adik dan lain-lain lagi.

Kitalah guru-guru itu...menongkah arus melawan fitnah,

Mendidik generasi mentaati Allah dan Rasulullah,

Jangan salah didik, jangan silap asuh,

Kelak murka Allah tak mampu kita tempuh.


Bottom of FormSematkan sabda junjungan ini sebagai pegangan dan ingatan , maksudnya:

“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

18 JamadilAwwal 1430

13 Mei 2009

http://ummuhusna99.blogspot.com/2009/05/kitalah-guru-guru-itu.html

Saturday, April 25, 2009

SCIENCE WEEK 2009

Assalamualaikum..

Post kali ini saya mahu berkongsi dengan semua tentang minggu Sains yang julung2 kali diadakan di SMK Keratong.. SCIENCE WEEK 2009 telah berlangsung selama 5 hari bermula daripada 20 April hingga 24 April 2009. Majlis pelancarannya diadakan secara gilang gemilang di Dewan Ibnu Sina, SMKK dengan gimik roket terbang dekat syiling dewan..Tapi roket terbang guna tali je..Nak wat paracut konfem2 la basah kuyup students dan risiko atap bocor boleh terjadi..Huhu.. Apa2 pun tahniah buat Cikgu Azira, Cikgu Hidayah, Cikgu Yo dan teams kerana berjaya menyediakan gimik yang hebat tersebut. Tapi, cikgu amat frust sebab Puan Pengetua yang mencetuskan ide mengadakan SCIENCE WEEK ini dan yang penting meluluskan bajek n_n tidak dapat hadir pada majlis pelancaran kerana menghadiri kursus di Terengganu.

Para pelajar khusyuk mendengar penerangan daripada KP Sains mengenai perjalanan SCIENCE WEEK 2009

Menonton slaid persembahan SCIENCE WEEK 2009

Banner yang cantik ini adalah hasil tangan students form 5. TQ.. Nampak tak roket kecil dekat tengah2 belon purple tu? Ha, tula roket yang disediakan oleh x-student SMKK tahun 2006. Bile roket sampai je kat belon, belon pecah then taraaa..banner pun turun..


Ini pula antara pertandingan yang disediakan dalam SCIENCE WEEK 2009. Pertandingan cooking with nature. Apa tu?


Inilah bendanya-memasak air menggunakan tenaga solar dengan gabungan peralatan yang boleh memErangkap tenaga haba daripada cahaya matahari. Pemenang tempat pertama adalah daripada kumpulan lelaki 3KK dengan catatan suhu sebanyak 59 darjah Celcius.


Ini pula pertandingan roket yang terbahagi kepada Paracut dan Trajektori. Berpeluh cikgu2 menghakimi pertandingan sebab penyertaan sangat2 menggalakkan melibatkan 24 kumpulan bertanding dan roket mereka power-power.


Antara peserta bertanding- Pemenang adalah kumpulan Syafa Pooh dengan catatan trajektori sejauh 130 meter dan Paracut selama 29 saat di udara.


Ini pula aktiviti pameran di makmal Fizik, Biologi dan Kimia. Gambar di atas adalah students saya (Timah, Azi, Ana, Anis, Najwa dan Hani) yang baru siap menyediakan sabun dalam makmal. Macam2 bau dan warna sabun mereka sediakan melalui teknik Saponifikasi.

Ini pulak Saintis Ipin yang melakukan eksperimen Kereaktifan Logam Alkali. Habis bahan kimia dikerjakannya. Tak pe Ipin, yang penting tak ada letupan berlaku. Bijak-bijak.

Ini pula radas penyulingan untuk menghasilkan Ester melalui proses pengesteran. Sangat boring tunggu eksperimen ni. Tapi seronok sebab dapat bagi pendedahan awal pada para pelajar.


Ini pulak di makmal Biologi. Pembedahan katak untuk melihat Sistem Peredaran Darah dalam katak. Balik rumah je terbayang katak sampai x lalu cikgu nak makan. T_T

Ini Gunung Berapi Kandang Kambing..Hehe. Sapa nak resipi gunung berapi ni? Angkat tangan..

Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua penggerak program dan semoga SCIENCE WEEK 2009 memberi manfaat kepada semua para pelajar SMKK.

USAHA ASAS JAYA

Cikgu Iza
12.39 pm
26 April 2009

Saturday, April 25, 2009

Tahniah buat adik-adikku

Entri kali ini ditujukan khas buat adik2 dan sahabat2ku tersayang :

Mek Sham, Mek Da, Mek Bi, TG dan Najib kerana telah berjaya menamatkan semester terakhir sebagai mahasiswa UPSI selepas menjalani praktikal di sekolah selama 4 bulan bermula Januari lalu.


Uwie, Syam, saya, Syabi dan Huda. Foto ini dirakamkan semasa konvokesyen saya tahun lalu. Sangat sayang pada kamu semua...Huhuhuhuhu


Foto ni pulak mengenangkan saya kepada adik Najib, arwah Suhaimi dan adik TG semasa mereka first year di UPSI...Cepatnya masa berlalu.

Dalam masa 4 tahun bersama, kak Fety pun dah menemui cinta sejatinya.Happy ending love story..Hehe..ada kaitan ke dengan tajuk entri? Ikikikiki..Saje je mama Fety, jangan marah ye..

Pengalaman selama 4 bulan tersebut sangat penting buat kalian sebelum menempuh alam pekerjaan nanti dan mungkin akan diabadikan sebagai memori terindah dalam lipatan kehidupan masing-masing.

Saat entri ini ditaip, perasaan rindu pada kalian amat mendalam. Rasa nak putar balik roda kehidupan ke alam kampus dulu. Memang sangat indah perjalanan hidup ini dengan kehadiran kalian.

Semoga ukhuwwah kita terus mekar macam bunga yang cantek ni =)

Apa-apa pun selamat menempuh alam pekerjaan tak lama lagi! Tahniah

Kalau ada masa, jengah2 la kakak mu di bumi Keratong ni.ehehehe.. tu je nak pesan.

Monday, April 13, 2009

KEBIN 09

Agak lama memeramkan gambar2 semasa program KEBIN di TAHAP pada 3 hingga 5 April yang lepas di dalam folder. Kesuntukan masa membuatkan saya menangguh2kan usaha untuk meng"upload" gambar2 tersebut.

Sedikit coretan ringkas mengenai program

-program ini adalah anjuran bekas pelajar TAHAP yang kebanyakannya terdiri daripada bekas pelajar SPM 2004. Tahniah buat adik2 semua kerana berjaya mengumpulkan senior2 TAHAP sebagai urusetia program. Kalau saya tak silap dalam 30 orang atau lebih senior2 TAHAP yang turun untuk menyumbangkan tenaga. Dan biasalah, senior yang paling "muda remaja" mestilah dari batch 2002 (Me, Fara n Syed Faiz). Huh, sungguh jelas keremajaanku bila bersama adik2 tersayang di TAHAP.

Saya dan Fara-Ukhuwwah tak mengenal sempadan geografi dan waktu

-Sebenarnya rasa teruja yang teramat sangat sebab dah lama sangat tak join program dengan junior2 TAHAP ni. Walaupun badan saya sangat letih dan kepala berdenyut2 kerana penin2 lalat sebab baru balik dari mengiringi students untuk perkhemahan KRS dan NGO di Janda Baik sebelum itu, saya gagahkan diri jugak untuk pergi ke sana, sekolahku terchenta. Kalau ikutkan nak drive Gen2 a.k.a Fahriku ke Jerantut, tapi bila fikir2 keseraman jalan Kerayong-Bera-Temerloh membuatkan saya membatalkan hasrat dan cuba cari alternatif lain yang lebih jimat dan tidak memenatkan..Ikikikiki... Caranya adalah tumpang Kak Faizah dan A.Shahril (pasangan x-TAHAP, SPM 1999) yang memang kebetulan nak balik ke Lipis pada minggu tersebut. Actually kak Faizah adalah teman sebelah meja saya kat SMK Keratong..Pusing2 jumpa budak TAHAP jugak kan..Waaaaa..pucuk dicita ulam mendatangla.

-Tetapi, ada satu perkara yang agak menyedihkan. Saya memang x sempat nak amik gambar dekat tempat2 bersejarah di TAHAP, especially tempat2 yg meninggalkan banyak memori seperti aspuri, dewan makan, kelas 5 Sina, dewan utama dll kerana saya jatuh demam bila sampai sana.Uhuk uhuk..Jadi telan panadol dan tidurlah yang mampu saya lakukan. Mintak maaf pada urusetia jika saya x dapat menjalankan amanah dengan baik. Tapi demam sekejap je, sebab seronok boleh jumpa Fara, we shared all the sweet moments together. Tak mau tido la, sebab nak habiskan sebanyak masa yg mungkin dengan sahabatku yang sorang nih. Yela, siang2 dah gerenti x sempat bercerita sebab bz dengan program.

Fara bersama adik2 fasilitator yang lain

Fara lagi? Aiseh..

Dan- special tribute to my LDK group : Zulbasyirah, Yuslina, Nur Azira, Siti Nur Ain dan Nurul Syafini. Seronok dapat jumpa adik2 semua dan berkenalan dengan adik2 semua, bercerita, berkongsi pengalaman bagaikan satu keluarga. Rasanya dua hari tu memang tak cukup kan? Takpe, lepas2 ni kite keep in touch dan kalau korang jumpa akak kat blog ni atau kat mane2 tegurla, k.
Khusyuk nampaknye Ain, Pini, Yus, Basyirah dan Azira melakukan aktiviti dalam kumpulan. Baguih betul..adik sapa ni?

Pini dan Ain yang malu2 kucing

Yus, basyirah dan azira dok bincang apa tu?

-Saya juga berkesempatan handle aktiviti semasa explorace bersama Fara dan si kembar (x ingat nama, Fazril ke Fazrul) untuk aktiviti pidato umum / "public speaking". Aktiviti ni sangat menguji kebolehan adik2 untuk bercakap dengan audiens yang berbagai jeins ragam dan piil. Tajuk pidatonya mudah je, tapi audiens dasyat. Ada yang gelak x henti2, ada yang ngantok memanjang, ada yang buat tak tau je, ada yang tanya soalan out of topic, ada yang siap jalan2 ke tempat lain dan ada jugak yang terlampau berminat nak tanya sampai x terjawab si pemidato dibuatnya. Ada video tapi saya tak taw la mcm mana nak upload sebab dah dua tiga kali upload x berjaya. Jadi saya upload gambar je la ye.



Setakat ini sahaja yg dapat saya kongsikan bersama. Perlu meneruskan usaha mengumpulkan bahan untuk Minggu Sains minggu depan. =)

Friday, April 10, 2009

Pada MU Selamanya

Sejenak .. ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya .. Ohh

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Terasakan ... terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
Milik-Mu Yang Esa
Selamanya...

Pada-Mu selamanya .. oh...
Selamanya...



video

Lagu ni sangat jiwang dan buat saya rasa betapa hinanya diri yg penuh dengan noda dan dosa ni.. Semoga Allah sentiasa buka pintu taubat buat saya dan hamba2 Nya yang sentiasa bertaubat kepada Nya..Amin...

Satu lagi, bila dengar lagu saujana saya terkenang zaman2 sekolah dulu sbb time saujana tengah naik dulu saya kat sekolah terchenta, TAHAP (sentiasa di hati). Masa tu saya jambu lagi, baru form 1 n form 2.. Betapa lah minatnye kat kumpulan saujana ni, sebab lagu2 nya yang mendayu2 dan sering mengajak kita mengingat Allah Yg Esa. Berjiwang dengan Allah apa salahnya kan? Jangan tak percaya saya pernah obses dengar lahu SENDIRI nyanyian kumpulan saujana satu masa dulu. Sampai tahap bile team nasyid TAHAP bawak lagu tu saya boleh layan perasaan sampai tak sedar lagu dah habis..Ikikikiki..(ni kes minat lagu ke minat penyanyi nye)..hahaha

Satu lagi lagu Hijjaz pun banyak yg membawa maksud mendalam.. Terutamanya yang memberi kesan dalam hati saya adalah lagu sebelum mata terlena. Tersangat lah tersentuh hati bila dengar. Boleh nangis bile dengar sorang2.. Betapa banyaknya kealpaan dan kelalaian yang saya lakukan, tetapi kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa bersama saya. Betapa kayanya Allah SWT dengan sifat Rahman dan Rahim..

Saya memilih kerjaya guru ni pun, sebab bg saya inilah yang dapat saya jadikan sebagai bekalan bagi menemani perjalanan yang panjang nanti..Entah bila.. (Semoga Allah ikhlaskan hati saya dalam setiap keadaan). Walaupun rasa amat tensen melayan karenah students tapi dalam hati saya sebenarnya seronok jadi pendidik.. Bila nampak muka students semangat terus berkobar2 nak mengajar, nak sampaikan ilmu, nak berkongsi segalanya yang saya tahu. Walaupun badan sangat penat, otak sangat berselirat, dan jiwa sedang kacau semua tu seakan2 hilang bila tengok muka students..Hehe, baik x cikgu ni? Macam tak percaya je saya yg taip. Tolonglah percaya.

Tuesday, March 24, 2009

Walimatul Urus Badrulhisyam dan Khulailah

Kali ini saya nak post gambar semasa walimatul urus salah seorang sahabat saya yang dikasihi fillah.. Khulailah dengan pasangannya Badrulhisyam.. Sebenarnya dua2 pengantin kawan saya masa matriks dulu. Kira betaut hati di matriks la ni..Ikikikiki..Tapi pembaca2 semua jangan salah faham yer.. Mereka xdela bercinta pon. Cuma berkawan, bertunang dalam jangka masa yang agak lama (sebab dua2 belum habis stadi lagi masa tu) dan pada tarikh 20 hb Mac 2009, mereka selamat diijabkabulkan dalam suasana penuh kesederhanaan. (I like this kind of wedding ceremony).. Simple, utamakan yang perlu sahaja. Bak kata sorang kakak kat sekolah saya kita bukan nak hidup bersama hari nikah sahaja, malah the rest of our life bersama. Jangan kering kontang lepas kawen sudah... Hehe

Bad sebelum mendengar khutbah nikah dan sebelum akad nikah. Jelas nampak berdebar. Biasa la, nak pikul amanah baru.

Ramai juga yang hadir malam masa akad nikah tersebut. Of coz la yg ramai tu sedara mara daripada kedua2 belah pihak. Dan tak ketinggalan minah2 sibuk ni ade jugak. Seronok betul dapat jumpa kengkawan especially beloved kak ti with her husband n anak sedara (kak nora), mek syam, huda, neng, nana with her little Umar.

(Neng, nana n umar, mek syam, kak ti, me n kak nora. alamak mekda xdela..tu tengah ambik gambo..hehe)

Dan masa tengah tunggu si Bad ni menyelesaikan urusan dengan tok kadi dan bapa mertuanya hati ini x sabar2 nak pi terjah bilik pengantin sebab nak jumpa Khulailah. Memang dah lama kami tak jumpa mungkin dekat 2 tahun kot sejak saya dan dia sibuk berpraktikal kami jarang berpeluang untuk berjumpa. SMS pun sekali sekala sahaja. Tapi saya tahu hati kami masih bertaut sebab kami punya ikatan yang lebih bermakna. (Amacam, Bad jangan jeles yer). At last dapat juga masuk masa batal air sembahyang..Hehe ni gambar yang sempat di snap oleh photographer yang x diundang ni...

Pandai jugak si Bad ni pakaikan gelang. Mesti dah praktis kat rumah ni pakaikan gelang kat adik..Hehe

Kulai sarungkan cincin kat husbandnye. Sempoi

Bila nak cerita history macam mana saya dan Kulai boleh rapat sampai sekarang memang panjangla. Tapi kami mula rapat sejak hujung sem 2 masa kat matriks. Sebelum tu just kenal gitu2 je, jumpa kat surau blok. Erm, ape yang best mengenai sahabat saya yang sorang ni, bila dia bercakap memang touching our heart la. Kalau jadi kaunselor memang sempoi. Tapi sekarang ni dah jadi Pharmacist la plak. Hehe. Dan Bad pun mula mengusha Kulai ni masa dah dekat2 nak habis matriks la. Kira saya jadi orang tengah jugak la sebab Si Bad ni pulak suka citer masalah kat saya dan Hani. Kami memang rapat sebab sama JPP. Bad sampai sekarang panggil saya dan Hani kakak, even die lebih tua daripada kitorang. Perasan muda punya Bad. Bile terkenang semua kenangan rasa macam nak pi semula ke zaman matriks. Memang sangat syok. Kenangan paling best ialah time joging hari ahad, kami panjat bukit kat belakang kuarters pensyarah. Sampai kat atas tu baring ramai2 sambil tengok awan dan berangan. Nak tau berangan ape? "Antara kita sapela kawen dulu ek?". Hahaha..lucu betul. And then gang joging tu sekarang yang masih membujang adalah...hahahaha..hani, saya, jiha dan maz. Yang dah selamat adalah kulai, fizhah dan wardah.. Huhu, miss my old time so much..

Kengkawan lama..Me, Kerk (zaujah Syafiq Zakaria) dan Kulai.

Ape2 pun trip ke Terengganu kali ni memang sangat bermakna sebab yang pertama dapat jumpa all mek gediks yang saya rindui..Sham, Huda n Kak Fety..Rasa masa sekejap je berlalu.. Hope to see all of you soon. Waaaaa...nak lepak lama2 ngan korang. Cume agak terkilan sebab Bi, Uwie dan Pika x dapat join sama. Xpe, ade rezeki akan jumpa jugak nanti. Sebab yang kedua, dapat makan keropok lekor sedap beli dekat kemamang. Nama gerai die 188. Puas cari kedai sebab ingatkan 888. Silap da... Kedainye dekat je dengan R n R Chendor. Carilah..

Miss u all so much..

Apa2 pun selamat berbahagia buat Bad n Kulai. Semoga kekal ke akhir hayat.

Last but not least..ni gambar pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dapat kami curik. Sebenarnya susah bangat nak ambik gambar mereka berdua. Huhu. Puas kami kejar. Shy shy cat gitu..

Semoga akan lahir tunas2 Islam yang bakal menyambung perjuangan Islam.