Entri kali ini ditujukan khas buat adik2 dan sahabat2ku tersayang :
Mek Sham, Mek Da, Mek Bi, TG dan Najib kerana telah berjaya menamatkan semester terakhir sebagai mahasiswa UPSI selepas menjalani praktikal di sekolah selama 4 bulan bermula Januari lalu.
Foto ni pulak mengenangkan saya kepada adik Najib, arwah Suhaimi dan adik TG semasa mereka first year di UPSI...Cepatnya masa berlalu.Pengalaman selama 4 bulan tersebut sangat penting buat kalian sebelum menempuh alam pekerjaan nanti dan mungkin akan diabadikan sebagai memori terindah dalam lipatan kehidupan masing-masing.
Saat entri ini ditaip, perasaan rindu pada kalian amat mendalam. Rasa nak putar balik roda kehidupan ke alam kampus dulu. Memang sangat indah perjalanan hidup ini dengan kehadiran kalian.
Apa-apa pun selamat menempuh alam pekerjaan tak lama lagi! Tahniah
Kalau ada masa, jengah2 la kakak mu di bumi Keratong ni.ehehehe.. tu je nak pesan.



0 comments:
Post a Comment