Monday, February 23, 2009

Lagi mengenai PPSMI

Perhimpunan di hadapan Istana Negara

JOHOR BAHRU 22 Feb. - Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMPPSMI) merancang untuk menghimpunkan 100,000 orang bagi menyertai perhimpunan raksasa membantah PPSMI di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur pada 7 Mac ini.


Naib Pengerusinya, Prof. Abdullah Hassan berkata, pihaknya bagaimanapun belum memperoleh permit untuk mengadakan perhimpunan secara aman itu yang bermula pukul 2 petang.


Justeru, kata beliau, pihaknya akan memaklumkan kepada polis untuk mendapatkan permit secepat mungkin bagi membolehkan perhimpunan yang turut disertai Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said itu diadakan.


"Tujuan kita mengadakan perhimpunan untuk membantah PPSMI yang jelas membelakangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


"Kita yakin perhimpunan ini akan berjalan secara aman, takkan pejuang bahasa seperti Datuk A. Samad Said akan melakukan demonstrasi secara ganas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Turut hadir ialah A. Samad Said selaku penasihat GMPPSMI dan penulis terkenal yang juga merupakan ahli jawatankuasa GMPPSMI, Ainon Mohd.


Abdullah berkata, pelaksanaan PPSMI merugikan berjuta-juta anak Melayu yang tidak memahami bahasa Inggeris dan pendidikan mereka akan tercicir.


Katanya, langkah melaksanakan PPSMI kononnya sebagai satu 'paksaan' supaya pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris adalah tidak tepat.


"Ia sama seperti jika kita hendak anak-anak bukan berbangsa Cina menguasai bahasa Mandarin dengan memaksa mereka menggunakan bahasa itu dalam pengajaran Sains dan Matematik, tentu tak masuk akal.


"Sepatutnya mutu, kaedah dan kemahiran pengajar dalam mengajar kelas bahasa Inggeris itu ditingkatkan, terutamanya di kawasan luar bandar," katanya yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Katanya, alasan PPSMI perlu dilaksanakan kerana buku-buku rujukan di institusi pengajian tinggi (IPT) kebanyakannya dalam bahasa Inggeris juga tidak tepat malah tidak menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


"Sepatutnya usaha dilakukan bagi memperbanyakkan lagi buku rujukan dalam bahasa Melayu bukannya menghapuskan bahasa itu sebagai bahasa ilmu.


"Setelah pelbagai usaha dilakukan, pendapat pakar-pakar dari pelbagai bidang seolah-olah tidak dipedulikan, maka kita akan mengadakan perhimpunan ini kerana ia membabitkan nasib jutaan anak Melayu di negara ini," katanya.


Menurut Abdullah, kajian pakar dari seluruh dunia telah membuktikan bahawa pembelajaran Sains dan Matematik lebih mudah dikuasai jika diajar menerusi bahasa ibunda.


"Kita bimbang bahasa Inggeris pun nanti lemah dan pencapaian Sains dan Matematik anak-anak juga menurun," katanya.


Beliau turut sangsi dengan keputusan pencapaian cemerlang subjek Sains dan Matematik pelajar-pelajar di negara ini kerana sejak PPSMI dilaksanakan, kerajaan tidak pernah mengumumkan berapa sebenarnya markah lulus untuk kedua-dua subjek itu.


"Apakah markah lulus menjadi terlalu rendah kerana terlalu ramai yang mencatat markah rendah?" soalnya.


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm


Komen : Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..Huhu

Saturday, February 21, 2009

PPSMI vs PIPP?

Dalam masa 6 bulan, saya perlu menghadiri dua temu duga. Yang pertama temu duga penempatan sekolah pada 5 Ogos tahun lalu, manakala 25 Februari ini pula temu duga untuk pengesahan jawatan daripada DC41 kepada DG41. Aduhai, beginikah keadaan seorang penjawat awam? Maka jadi ulat buku lah saya dalam masa dua hari cuti ini (Sabtu dan Ahad). Lebih tepat ulat laptop dan PC sebab nota2 yang perlu dibaca semuanya dalam PC..Hehe Biasalah, kene la belek2 semula nota2 tentang FPK, PIPP dan sebagainya.

Justify FullBeginikan berdebarnya perasaan saya masa nak temuduga nanti? Ni gambar hiasan je. Tak ada kaitan antara hidup dan mati..

Semalam, sempat jugalah saya revise semula teras PIPP yang pertama iaitu Membina Negara Bangsa. Sebenarnya dah lama rasa konpius, tapi saya diamkan jek. Tapi kali ni saja nak kongsi dengan pembaca semua…. Menurut kefahaman saya, melalui teras pertama ini, KPM berhasrat untuk melahirkan warganegara Malaysia yang punya jati diri yang ampuh dalam menangani cabaran globalisasi dan liberalisasi. Yup, mudah difahami. Jatidiri? Termasuklah dari sudut patrirotisme, warisan budaya serta kesenian bangsa. Hem..bagusnya.. Patutlah sekarang ni dah ada subjek Sivik kat sekolah, tapi cikgu2 claimed “susahnya nak mengajar Sivik, tak taw nak goreng apa, dua masa mengadap students..” Hehe, saya pon tak faham perasaan mereka sebab saya tak mengajar Sivik.. Tapi sempat juga saya jeling buku RM cikgu Aisah kat skolah tu.. Look interesting, belajar tentang parlimen, DUN and so on. Bagi saya sangat menarik dan menguntungkan jika para pelajar diberi pendedahan sebegitu sejak dari awal lagi. Tak macam saya, kat U baru nak taw all dewan2 yang ada kat Malaysia ni. Entahlah, maybe dulu x amik pot sangat pasal ni sebab dulu PIPP xde lagi..HEHE..Tapi yang x seronoknya bila nak mengadap muka students kelas belakang2 ni yang mana sorang2 tu datang sekolah sebab terpaksa jerk. Dorang nak belajar ke? Huhu


Jati diri juga boleh dipupuk melalui sukan..Tapi anak

muridku pakai seluaq pendekla..Haishh..haru

Jadi, saya teruskan lagi tentang teras pertama tersebut. Jauh betul melancong tadi. Jadi, nak bentuk jati diri ni, ada macam2 cara. Yang pertama, mestilah melalui kurikulum (yang macam saya bagi contoh tadi). Yang kedua program kokurikulum dan yang terakhir melalui program sukan. Erm..banyak program boleh dibuat untuk meningkatkan jati diri ni. Kat sekolah pun dah diwujudkan Kelab Rukunegara.

Oleh itu, antara fokus yang ditumpukan perhatian oleh KPM dalam usaha untuk Membina Negara Bangsa ini adalah yang pertama sekali digariskan dalam nota saya ni adalah untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu. Wah…sangat menarik tetapi amat mengelirukan saya..

Kenapa saya kata keliru? Awat PPSMI belum dimansuhkan lagi? Tu yang saya konpius. PIPP dibangunkan seawal tahun 2006 lagi dan jangka masa kerangkanya adalah sehingga tahun hadapan, 2010. Tapi isu PPSMI belum setel2 lagi. So memang totally berlawanan antara PPSMI yang masih belum pasti keputusannya dengan apa yang dicadangkan dan sedang cuba dilaksanakan dalam PIPP. Sebenarnya, bila dengar ura-ura kata penghujung tahun 2008, akan dapat keputusan sama ada nak teruskan PPSMI ataupun tidak. Saya tarik nafas lega kejap. Tup-tup la, kene teruskan jugak sebab keputusan PMR meningkat pulak. Haish...dua tiga hari ni kluar dalam TV kata sebelum hujung tahun 2009 pulak nak bentang keputusan. Pas setahun-setahun. Berangan mat jenin la nampaknya para pelajar kita nak kembali belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Ibunda sendiri.

Teringat masa saya belajar dulu. Tanpa PPSMI pon bleh jugak survive belajar dalam BI kat matriks dan U. Alahai, murid-muridku, apalah nasib kalian...Ni pon gambar hiasan..

Untuk maklumat lebih lanjut, pembaca2 sekalian boleh layari laman ini.

Wednesday, February 18, 2009

Monyet Punye Cinta, Manusia Lebih-Lebih

Tadi saya masuk kelas 2 S2, kelas yang saya pegang tahun ni. Nasib baik sempat masuk tepat pada masanya, sebab sebelum tu pi wat blood test free dekat klinik gigi skolah..hehe. Bese2 je, check blood pressure dan sugar level dlm darah. Then kira BMI..Setel wat blood test terus saya berkejar2 masuk kelas.


Biasela kelas 2 S2 ni kena plak masa ke 7 dan 8 kalau lambat masuk silap-silap ada la yang bergaduh dan macam-macam..Aduhhhhh, nakalnya budak-budak kelasku ini. Dengan kalut-kalut saya pon masuk kelas tersebut, mata pelajaran Sains. Malas nak suh depa pi makmal, sebab kalau pi makmal konfem cikgunya kene observe free dek Ketua Bidang sebab kelas kecoh bangat, dari luar dah dengar suara depa.


Macam biasa, bila masuk je stat la saya kuarkan rotan sakti dan mula lah melakonkan watak ibu tiri paling zalim di abad ini…Ikikikiki..memang kene belakon jadi zalim kalau tak habis saya plak yang kene buli..Adeh, adeh. Sekarang ni taktik terkini saya adalah mengutip buku nota mereka setiap kali mereka siap salin nota dan simpan atas meja saya. Bertimbun2 buku depa atas meja sampai saya tak nampak orang duk depan meja saya (k.wani) kerana terhalang oleh buku2 mereka kat atas meja saya..Bukan ape, Cuma sangat bosan dengar perkataan “cikgu, lupa nak bawakla”…”cikgu, buku nota saya tertinggal”…etc..Kalau kene time hangin satu badan rasa nak baling je apa2 yang ada kat tangan masa tu, tapi sabo2 anak orang..hehe..ganaz kan cikgu ni.


So, untuk mengelakkan kemarahan saya berlipat kali ganda mendengarkan alasan2 mereka yang selalu buat2 tertinggal buku nota kat rumah, saya pon kutip n simpan buku depa. Bila nak salin nota baru pi amik atas meja saya..Sampai depa pon merungut, cikgu, lecehlah setiap kali nak salin nota kena pi amik n pastu kena hantar terus pulak tu buku nota. Nasib la wei, sapa suh suke sangat tinggal buku kat rumah. Tapi ok jugak cara tu, sekurang2 nya lengkap la buku nota depa.


Lepas bagi saya bagi depa salin nota, saya pon mula la nak mengajar. OK je hari ni, depa nak la jugak saya mengajar, tapi tak sampai 10 minit. Pastu dah stat nak wat aksi2 bosan mereka yang macam kera kena belacan tu. Nak berjalan sana sini, baling2 kertas, kacau2 membe sebelah. Saya pon menambahkan skala kesingaan saya..Hehe.. Tapi tibe2 saya dapat kesan mcm ada satu atmosfera yang kurang enak antara 2 team budak lelaki dalam kelas tu. Ayoyo, depa ni macam nak bergaduh je. Saya pon hilang mood dah nak ngajar. So, saya suh depa hantar buku nota atas meja guru, then soal siasat dua orang budak.


“Tell me, why u want to beat him?”

“Mana ada teacher”

“What’s ur problem?”

“Masalah peribadi. Teacher mane bleh tau” cet ayat.


Saya pon malas nak tarik2 tali, then ade la sorang boy yg baru pindah duk kat depan meja guru tu tunduk2 muka n mcm nak nangis. Saya pon terus tanya kenapa ape lagi, air mata die terus kuar. All girls dah pandang2 n gelak2 tengok boy tu nangis. Haru betoi, awat plak ni.

Puas saya paksa, baru la si budak yang baru pindah ni mengaku ada boy (kelas saya gak) nak pukul dia sebab die kena tuduh rampas awek orang tu. Cet, yang nak beat die ni plak wat satu komplot lain kat tengah2 kelas kononnya nak cari crowd la tu..Samseng jalanan betul..Dahle pengawas..Siapla esok aku report kat Cg Baizura a.k.a Cg pengawas skolah..


Aiseh, masalah cintan monyet betul, patutlah masing2 macam kera kena belacan. "Sapa awek tu?". Saya cube korek rahsia. Mana la taw kot2 kenal. “Budak kelas sebelah”…Hahaha, nak tergelak pon ada. Baru form 2 dah pandai nak belasah2 org sbb awek. Tolongla………….Sape bleh tolong saya setelkan dua orang boys ni....Haru betoi.


Manusia punye pasal, monyet dapat nama.



Tuesday, February 17, 2009

Sukan dan Keamanan, Tema yang sangat menarik

Sempena kejohanan sukan Sek Men Keratong kali ke 23 (sama lak ngan umur saye), jawatankuasa pengelola telah memilih satu tema yang sangat baik dan sesuai dengan situasi semasa kini iaitu Sukan dan Keamanan. Menarik kan? Ha, pada mana-mana sekolah yang belum wat Kejohanan sukan lagi bolehlah cube try gune tema ni. Takpun boleh lah alter sikit2. Memang brilliant selain daripada bermanfaat dan berupaya meningkatkan kesedaran para pelajar tentang keamanan, terutama sekali sekarang ini nasib yang menimpa saudara-saudara kita di Palestin.

Jadi, bersesuaian dengan mood ni kami pun mula lah pikir2 apa la yang nak dibuat oleh rumah Kuning ni supaya hiasan rumah dan perbarisan hari sukan nanti dapat mengikuit tema dan memenuhi citarasa juri. Kalah menang memang tak pikir dah, adatla pertandingan (ceh, ayat wat sedap hati je sebab x menang). Yang penting ikut tema..

Dan hasilnya, inilah yang kami dapat.....

No Pain, No Gain, kata2 penyuntik semangat. Jom go through rumah kami

Align CenterSelamatkan dunia daripada peperangan..Kami mahukan keamanan dan bebas dari penindasan..

Menangisi nasib yang menimpa rakyat PALESTIN..

Ni plak gimik dari rumah KUNING..Cayala..

Anyway, congrates to Cikgu Azira, Cikgu Arni and all Yellow teams yang menjayakan hiasan rumah kali ni. Dapat gak tempat kedua.

And then, ni plak untuk perbarisan.

Maskot spongebob--hasil kreativiti adik2 iparku (hahaha) @ dak2 fom 4.. esp Atiqah, Farihah, Suhadah, Jannah n Syazwan..Thanks to all of u.


Khairul Adha sebagai ketua perbarisan rumah kuning merangkap mangsa kekejaman peperangan--> anak sapo tu?

Siap sedia di hadapan rumah sebelum kuar demo.hoho..silap plak sebelum kuar berkawad.


Melangkah penuh gaya. Kalah menang adat pertandingan..(ayat pujuk hati)


Aik?Nape sesat umah merah ni?hehe..actually, tertarik dengan mesej yang dibawa.

Sebenarnya walaupun kalah dalam pertandingan perbarisan kali ni, saya tak la rasa frust sangat sebab....dapat terapkan mesej keamanan ataupun lebih spesifik untuk rumah kuning kami bawa mesej untuk kebebasan PALESTIN daripada kekejaman Zionis. Cuma nak timbulkan kesedaran bahawa Al-AQSA juga merupakan tanggungjawab bersama, tangungjawab semua orang Islam..Ni time tengah tunggu perbarisan sempat jugakla depa tengok video2 menyayat hati ni....

Khusuknye......


Betul ke menghayati ni..Ke koya je lebih?


Owh..tengok ni rupenye..Video kesyahidan Muhd Abu Durrah, September 2000.


Sampai ade yang menangis


Last but not least--->Ni mesej yang kami bawa kali ni..SAVE GAZA

Wednesday, November 26, 2008

OUR FIGHTS


We’ll take our fights with them
And we’ll go as groups to stop them
And we’ll return our slain rights
And with all force we’ll push them out

By the weapon of truth
And we’ll free the land of frees
And we’ll return the pureness of Islam to Al-Quds
After our weakness and our humiliation

We’ll carry on bring down their fortresses
With strong sounds that will scare them
We’ll erase our humiliation by our own hands
With all force we’ll stop them

We’ll never accept a slain part our lands
And we’ll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with
The Earth will burst inflames and burn them
In Earth there is volcano that are boiling

Sanakhudu Ma’arikana Ma’ahum
Wa Sanamdhi Jumu’an Narda’uhum
Wa Nu’eedul Haqqal Mugtasoba
Wa Bikullil Quwwati Nadfa’uhum

Bi Silahil Haqqil Battari
Sa Nuharriru Ardhal Ahraari
Wa Nu’eedul Tuhra ilal Qudsi
MiM Ba’di Dh-dhuli Wa Dhal ‘Aree

Wa Sanamdhi Nadukkum Ma’aqilahum
Bi Dawiyin Daamin Yuqliquhum
Wa Sanamhul ‘Ara Bi Aydeena
Wa Bi Kullil Quwwati Narda’uhum

Lan Nardha Bijuz in Muhtallin
Lan Natruka Shibral Lidh-dhulli
Sa Tamarul Ardhu Wa Tahriquhum
Fil Ardhi Barakeenun Taghli

Tajuk Entry ni bukan nye tajuk lagu di atas. Cume sengaja saya letakkan tajuk macm tu sebagai peringatan buat diri sendiri yang sentiasa alpa dan leka dengan duniawi sedangkan muslimin yang lain bergelut antara hidup dan mati berjuang untuk mempertahankan kesucian ISLAM. Para pembaca sekalian, boleh dengar lagu ni kat LAMAN JEEHAD.


Wednesday, November 26, 2008

Ciri-ciri Budaya Ilmu Islam


CIRI-CIRI BUDAYA ILMU ISLAM

Berpaksikan tauhid
Bersepadu (elemen Ketuhanan, manusiawi dana alam semesta)
Akhlak tidak boleh dipisahkan daripada ilmu
Kesinambungan bertradisi (contoh Al-Hadis)
Meletakkan Al-Quran dan Sunnah di tempat yang pertama


MEMBUDAYAKAN TRADISI ILMU

Budaya membaca
Budaya berfikir
Budaya berbincang/musyawwarah
Menyelidik, analisis dan menulis

Wednesday, November 26, 2008

Futuristik dalam perjuangan Islam


Baru-baru ini saya sempat menghadiri satu program tarbiyyah di Negeri Sembilan. Dalam sesi penggulungan program, terdapat seruan agar ahli gerakan bersikap futuristik dalam rangka mempercepatkan kemenangan Islam khususnya di Malaysia. Saya memahami akan kepentingan bersikap futuristik ini kerana ia merupakan pemangkin yang bersifat membina dalam usaha melahirkan ahli gerakan Islam yang berjiwa besar, berdaya juang tinggi dan tidak mudah gentar bahkan tidak mudah putus asa dalam menghadapi rintangan dan cabaran dalam perjuangan Islam. Tulisan ini hanya merupakan analisis peribadi dan pandangan saya mengenai futuristik dalam perjuangan Islam.

Saya berpandangan bahawa futuristik mestilah didatangkan melalui ilmu. Kita kembali sebentar kepada matlamat perjuangan yang didokong oleh setiap yang bergelar ahli gerakan Islam iaitu untuk menegakkan kebenaran dan keadilan bagi mencapai mardhatillah (keredhaan Allah). Dan sebagai manusia kita dilahirkan dengan membawa 2 misi iaitu sebagai khalifah dan hamba yang tidak boleh ditinggalkan salah satu daripadanya. Maka terwujudlah satu tertib yang perlu diikuti dalam melaksanakn kedua-dua misi ini iaitu bermula dengan membina peribadi (individu) muslim diikuti dengan keluarga muslim, masyarakat muslim, daulah Islamiyah dan akhirnya khilafah Islamiyah. Maka di sinilah perlunya kepada ilmu.

Dengan ilmu, manusia akan memahami visi dan misi dilahirkan sebagai seorang muslim dan lebih spesifik lagi sebagai insan yang ditarbiyyah sebagai pejuang Islam. Dengan ilmu juga manusia akan bersikap futuristik dalam upaya menjadikan kejayaan orang lain sebagai contoh ikutan, mengukuhkan strategi ke arah kemenangan, seandainya usaha selari dengan doa InsyaAllah kita akan dapat mengecap kemenangan. Dan dengan ilmu jualah kita akan istiqamah di atas jalan pada Duat yang tidak sedikit ujian dan rintangan yang bakal ditempuh.

Akan tetapi, sebagai manusia kita harus ingat bahawa segala sesuatu mestilah berlaku mengikut aturan dan ketertibannya. Firman Allah Taala dalam surah Yunus ayat 3 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam hari. Kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapapun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya...(hingga akhir ayat)”

Mengapa perlu ada enam hari sedangkan Allah Taala Maha Berkuasa menjadikan langit dan bumi dalam sekelip mata? (Jadilah maka terjadilah). Tetapi Allah berfirman dalam Al-Quran enam hari (bukan seperti ukuran waktu sekarang kerana pada masa itu langit dan bumi belum tercipta, maka tiada putaran bumi mengelilingi matahari. Hanya Allah Yang Mengetahui). Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah supaya manusia mengambil iktibar.

Sebarang pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini ada tempoh masa tertentu. Adakala hasilnya boleh dilihat dalam masa sehari, seminggu, sebulan, setahun malahan selepas habis usia barulah orang lain dapat mengecapi hasil daripada usaha kita. Selagi pekerjaan yang kita lakukan tidak mencapai matlamat yang dikehendaki, selagi itulah sebagai manusia kita harus berusaha tanpa jemu dengan penuh tekun dan sabar.

Tidak salah untuk menyeru anak-anak usrah, sahabat sahabiah, ahli2 gerakan sekalian supaya bersikap futuristik kerana ternyata ia merupakan salah satu cara untuk menyemarakkan api perjuangan, namun haruslah diimbangi dengan kefahaman mengenai elemen tadaruj(berperingkat-peringkat) dalam pekerjaan. Seperti dalam kelas, contohnya ada beberapa peringkat dalam menjana kefahaman pelajar bermula dengan fasa engaging, empowering, enhancing dan disudahi dengan closure. Barulah lengkap satu sesi pengajaran dan para pelajar tidak mungkin akan lost kalau mereka menghayati dan mengikuti ke empat2 peringkat ini kecualilah jika mereka tidur dalam kelas. Ini cuma sebagai contoh yang mudah bersangkutan mengenai dunia pendidikan. Mengikut peringkat ini adalah perlu supaya sikap isti’jal (gopoh) dalam melakukan pekerjaan dapat dielakkan. Jangan kerana futuristik, kita mengabaikan gradualiti dalam melaksanakan misi besar kita sebagai khalifah dan hamba.