PENDIDIK DAN PEMBANGUN JIWA
Islamic Clock

SALAM TAARUF
- ummu faqieh
- NORHASRIZA MUSTAFA, 15 DISEMBER 1985, SK FELDA KERATONG 1, SK TEMPINIS (BESUT) TERENGGANU, SMKA TAHAP PAHANG, KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN, UPSI
PERJALANAN HIDUP
Bersama kakak dan adik tersayang Fillah..Kak Fatimah dan Syam
Di Masjid Shah Alam selepas mendengar ucapan Aidilfitri TGNA
PENA MUALLIM
TINTA PEJUANG
- AHMAD ASYRAF SHA'RI
- AHMAD SHAKIR
- AIMI NABIHAH
- AKMAL MADZIR
- BLOG CAHAYA
- DANIAL AL-RASHID HARON
- DISERTASI ISLAMIK
- Kak Ina-kawan baru
- KAKAK TERSAYANG-FATIMAH ALI
- MAHIRAH A.RASHID
- MOHD IZZUDDIN ISMAIL
- MOHD SAIFUNIZAM ZAKARIA
- MUHD ABDUH
- NAIM MARSIDI
- NUR AFIFAH RAMDAN
- PUTERA ISKANDAR
- SAHABIAH
- SAIDAH NAFISAH TOMEI
- SUHAINIZAM SHARIF
- TAHAPIAN
- TG ABD GHAFAR
- USTAZ RAPI
TEACHING AND LEARNING AID LINK
Followers
BICARA MUALLIM
ZIARAH
JEJAK MAYA
WANITA TERBAIK, CONTOH TAULADAN SEPANJANG ZAMAN
Khadijah binti Khuwailid, tergolong dalam keluarga Quraisy, AbdalUzza,menduduki tempat terhormat sebagai istri pertama Nabi Muhammad SAW Khadijah adalah seorang janda yang kaya, yang dianugerahi sifat-sifat mulia. Kerana kehidupannya yang berbudi luhur itu, beliau terkenal dengan nama Tahira. Menurut Tabaqot ibu Saad, beliau adalah wanita terkaya di Mekkah kala itu . Nabi Muhammad tidak menikah dengan wanita lain selama Khadijah masih hidup. Khadijah sempat mendampingi Nabi Muhammad 25 tahun lamanya setelah perkawinan, dan meninggal dunia tiga tahun sebelum Hijrah. Khadijah memberikan enam anak, dua laki-laki: Qasim dan Abdullah, keduanya meninggal waktu masih bayi - dan empat orang anak wanita: Fatima az-Zahra, Zainab, Ruqaya, dan Ummi Kalsum. Karena Qasim-lah kadang-kadang Nabi disebut Abul Qasim(ayah Qasim). Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :"Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :"Wahai,Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga,(terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." [Shahih Bukhari, Bab Perkawinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]
Aidilfitri merupakan hari kemenangan buat umat Islam setelah sebulan menahan hawa nafsu. Juga merupakan manifestasi daripada kemenangan kita yang berjaya mengubah diri ke arah yang lebih berkualiti setelah diberi bonus yang banyak oleh Allah Taala untuk beribadah dan memuhasabah diri selama sebulan Ramadhan. Ibarat besi yang panas terbakar, Ramadhan membakar semangat dan spritual kita untuk melakukan perubahan mengikut acuan yang kita mahukan berlandaskan kefahaman dan penghayatan kita terhadap ajaran Islam yang sebenar. Semoga titik perubahan yang kita lakukan ini akan membawa makna yang besar buat diri kita bagi meneruskan perjuangan Islam yang telah dirintis oleh Para Anbiya' dan Para sahabat baginda. Kita hanya perlu meneruskan perjuangan ini berbekalkan iman dan keyakinan bahawa kemenangan Islam itu semakin hampir. Semoga semangat Badar Al-Kubra meresap ke dalam nadi setiap pejuang agamaNya yang rindukan syahid. Hidup mulia mati syahid. "Ya Allah aku mahu mati sebagai orang yang berjuang."
Saya akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Felda Keratong. Dek kerana tidak membeli tiket lebih awal terpaksalah saya bertukar 3buah bas KL-Seremban, Seremban-Bahau, Bahau-Keratong. Perjalanan yang panjang mungkin memakan masa sehari suntuk. Di samping itu, bolehlah saya buat survey, yang mana lebih jimat naik bas ekspres yang telah dinaikkan surcajnya sebanyak 30 peratus berbanding naik bas lompat2 macam ni. (Teringat keluhan rakan2 terutamanya yang ingin pulang beraya mengenai kenaikan harga tiket bas yang tentunya membebankan kehidupan mereka sebagai pelajar). Semoga Allah mempermudahkan urusan saya. Mujurlah kak Fatimah, kakak seperjuangan merangkap isteri majikan saya sekarang memahami dan membenarkan saya pulang lebih awal. Jadi pada hari Khamis ni akan berangkatlah saya untuk pulang ke desa yang dirindui.
Buat sahabat handai yang berkelapangan jemputlah singgah ke teratak buruk saya di Felda Keratong untuk berkongsi kesyukuran meraikan Syawal bersama. Semoga Allah panjangkan usia saya dan sahabat2 untuk bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang. Amin Ya Allah..
I’JAZ MENEGAH ORANG YANG BERPUASA DARIPADA MARAH?
Perasaan marah adalah lumrah dalam kehidupan seorang manusia. Seseorang akan berasa marah sekiranya sesuatu keadaan berlaku tidak seperti yang diharapkan atau dijangkakan. Terdapat pelbagai reaksi fizikal yang berlaku ketika marah yang berbeza bergantung kepada individu. Reaksi fizikal yang saya katakan tadi boleh jadi dengan menangis, perubahan air muka secara mendadak, muka menjadi merah, berdebar-debar atau lebih teruk lagi perasaan marah boleh memandu emosi kita terhadap perbalahan. Semua ini berlaku lantaran perubahan hormon yang berlaku akibat rasa marah tersebut.
Untuk entri kali ini saya suka untuk berkongsi maklumat dengan pembaca sekalian mengenai alasan mengapa Rasulullah SAW amat menekankan terhadap mereka yang berpuasa supaya menahan daripada punca-punca kemarahan dan perbalahan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis baginda daripada Abi Hurairah yang bermaksud “ Apabila hari puasa seseorang di kalangan kamu, maka janganlah dia bercakap lucah, janganlah dia menjerit-jerit. Jika seseorang memaki atau menyerangnya maka hendaklah dia berkata : Aku berpuasa”. Di sini saya petik sebuah hujah saintifik mengapa orang-orang yang berpuasa ditegah daripada marah, berkata-kata lucah dan mendekati punca perbalahan daripada sebuah buku yang bertajuk “PUASA Hukum dan Hikmah Menurut Islam dan Fakta Sains Moden” karangan As-Syeikh Abdul Majid Az-Zidani Hafazahullah terbitan Teguh Iman Resources.
Kajian saintifik mendapati bahawa orang-orang yang berpuasa sekiranya diselubungi kemarahan lalu dia bereaksi dengan penuh ketegangan akan meningkatkan perembesan hormon-hormon adrenalina di dalam darah dengan pertambahan yang besar iaitu mencecah 20-30 kali ganda lebih daripada kadar normal. Sekiranya ini berlaku pada waktu pagi iaitu ketika proses penghadaman makanan sedang berlaku (selepas bersahur), maka sistem penghadaman makanan akan terganggu.
Ini adalah kerana adrenalina bekerja untuk merehatkan otot-otot licin di dalam sistem penghadaman, mengurangkan pengecutan hempedu serta berfungsi untuk menyempitkan saluran darah periferal dan meluaskan saluran darah koronari. Pertambahan hormin ini akan menaikkan tekanan arteri darah dan menambahkan kuantiti darah ke jantung serta menambahkan bilangan degupan jantung. Oleh sebab itu, orang yang sedang marah degupan jantungnya akan menjadi lebih kencang dan kadangkala muka akan menjadi kemerahan.
Sekiranya berlaku perbalahan atau perasaan marah pada waktu tengah hari ke atas iaitu pada jangka masa proses penyerapan makan sedang berlaku, maka simpanan glikogen di dalam hati akan terurai dan protein tubuh akan terurai menjadi asid amino serta asid-asid lemak akan lebih banyak teroksida. Semua itu akan meningkatkan tahap glukosa dalam darah, lalu ia akan terbakar untuk membekalkan tubuh dengan tenaga yang akan digunakan dalam perbalahan atau pertengkaran.
Dengan ini, tenaga akan digunakan tanpa kawalan dan sebahagian glukosa akan hilang sebagai air kencing lebih daripada kadar biasa. Kesan daripada itu, tubuh akan kehilangan sejumlah tenaga aktif yang penting tanpa sebarang faedah yang boleh digunakan semula oleh tubuh. Pengoksidaan asid lemak yang banyak juga berkebarangkalian akan menghasilkan jisim-jisim keton yang berbahaya pada darah.
Kesan daripada pertambahan hormon adrenalina yang melampau di dalam darah adalah seperti berikut :
- Keluarnya jumlah air yang banyak daripada tubuh melalui penghasilan air kencing sedangkan tubuh memerlukan sejumlah air yang cukup lantaran kita sedang berpuasa.
- Meningkatkan tahap metabolisme asas ketika marah hasil daripada peningkatan hormon adrenalina dan pengerasan otot.
- Boleh menyebabkan kegagalan jantung atau mati mengejut pada sesetengah individu yang berkebarangkalian untuk itu.
- Boleh mengakibatkan kegagalan otak pada mereka yang menghidap tekanan darah dan pengerasan arteri.
- Menambah pembentukan kolestrol daripadaa protein lemak berketepuan rendah.
Oleh itu, adalah lebih baik kita menjauhi daripada punca-punca kemarahan dan perbalahan yang secara jelas boleh mengundang padah kepada kesihatan tubuh badan kita sendiri. Apalah salahnya kita menambahkan membaca Al-Quran dan berzikir bagi mengelakkan diri terjerumus dalam pertengkaran yang hanya merugikan. Sesungguhnya Ramadhan adalah madrasah tarbiyyah yang ampuh buat orang-orang yang sentiasa menanti-nanti kehadirannya dan menghayati suruhan Allah ini.
BAGAIMANA KAU MERASA BANGGA
AKAN DUNIA YANG SEMENTARA
BAGAIMANAKAH BILA SEMUA
HILANG DAN PERGI MENINGGALKAN DIRIMU
BAGAIMANAKAH BILA SAATNYA
WAKTU TERHENTI TAK KAU SEDARI
MASIHKAH ADA JALAN BAGIMU
UNTUK KEMBALI MENGULANGKAN MASA LALU
DUNIA DIPENUHI DENGAN HIASAN
SEMUA DAN SEGALA YANG ADA
AKAN KEMBALI KEPADANYA
BILA WAKTU TELAH MEMANGGIL
TEMAN SEJATI HANYALAH AMAL
BILA WAKTU TELAH TERHENTI
TEMAN SEJATI TINGGALLAH SEPI
Sayu hati bila menghayati bait-bait lirik lagu nyanyian OPICK ini. Saya benar-benar tersentuh, tatkala pertama kali mendengar lagu ini secara tak sengaja dalam sebuah drama melayu. Betul-betul mengingatkan kepada kematian yang bakal menjemput semua yang bergelar makhluk Allah. Dan kerana manusia dikurniakan akal fikiran, maka dimestikan untuk kita mengingat kematian sebagai salah satu cara untuk mengekalkan dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Kehilangan demi kehilangan berlaku dalam kehidupan kita. Segalanya adalah sebagai peringatan buat kita yang masih hidup supaya terus beribadah kepadaNya, melakukan cukup persediaan agar kita pulang ke pangkuanNya dengan husnul khatimah.
Dua tahun ini menyaksikan kehilangan insan-insan yang amat rapat dengan saya dan membuatkan hati sentiasa teringatkan mereka. Bermula dengan pemergian arwah Pak Su, bapa saudara saya yang meninggal dalam usia yang cukup muda (24 tahun) pada akhir tahun lepas. Allahyarham yang merupakan teman sepermainan saya semasa kecil kerana jarak usia yang tidak banyak beza. Tiada jurang usia antara kami, tetapi Allah memanggilnya terlebih dahulu.
Kemudian arwah nenek pula menyusul pada bulan Mac yang lalu, betul-betul malam semasa rakyat Malaysia sibuk menunggu keputusan pilihanraya umum yang lepas. Hati saya lagi ralat kerana seminggu sebelum itu, saya pernah berjanji akan menjaganya selepas pilihanraya (kebetulan waktu cuti sekolah). Saya sangat rapat dengan arwah nenek kerana pernah tinggal selama setahun dengan arwah semasa sekolah rendah dahulu. Beliaulah yang tak pernah jemu mengejutkan saya bangun awal pagi untuk ke sekolah, menyediakan air mandiam suam sebab saya takut nak mandi pagi dulu, dek kedinginan air perigi. Begitulah pengorbanan nenek. Sekarang segalanya hanya jadi kenangan manis saya diiringi doa agar Allah sentiasa merahmati arwah nenek.
Terakhir adalah pada 9 Jun lalu, kehilangan adik seusrah, Allahyarham Suhaimi.. Kehilangan yang masih terasa hingga kini..selepas kehilangan barulah terasa mahu menghargai..begitulah yang selalu terjadi dalam kehidupan kita. Saya berharap agar kita tidak akan menyesal dengan kehilangan masa-masa sihat yang Allah kurniakan buat kita untuk kita hargai dan manfaatkan sepenuhnya.
Saya tidak pasti sama ada ramai yang bersetuju ataupun tidak. Tetapi ini hanyalah luahan hati saya dengan pengalaman mengajar yang tidak seberapa. Pelajar lelaki Cina di kelas saya agak sukar untuk dikawal. Kadangkala rasa patah hati timbul lantaran teguran dan nasihat saya hanya dipersampahkan. Kelas yang saya ingin ceritakan ini, hanya ada dua orang pelajar lelaki Cina, namun sudah cukup untuk buat tekak saya meronta-ronta kepedihan setiap kali kelas berakhir, terutamanya apabila berlangsung sesi amali (makmal). Nama mereka hampir-hampir sama, Lee Kuan Siang dan Lee Hao Yan.
SELAMAT PAGI CIKGU-SUKAR DIUNGKAP
Walaupun mereka agak ketegak (dialek kedah) tapi kesungguhan dan minat mereka untuk belajar boleh saya puji. Bolehlah diranking kerajinan mereka di kelas yang kedua selepas pelajar perempuan asli di dalam kelas tersebut. Lee Kuan Siang umpamanya tidak pernah tidak menyiapkan kerja rumah dan menyiapkan nota. Bila tiba waktu amali dia sangat berminat untuk menjalankan aktiviti walaupun tidak tahu apa benda yang mereka nak buat. Cuma pada awalnya saya kurang menyenangi adab mereka apabila bertemu dengan guru-guru. Kadang-kadang buat tak nampak sahaja, apatah lagi mahu menyapa. Saya pernah menegur mereka berdua dengan baik. Alhamdulillah selepas itu, setiap kali bertembung di tengah jalan, Lee Hao Yan terutamanya akan menundukkan sedikit kepala tanda hormat dan menyapa “Selamat Pagi Cikgu”. Itpun sudah cukup untuk melembutkan hati saya.
Yang sedikit bermasalah adalah Lee Kuan Siang. Sebenarnya bukanlah bermasalah besar, cuma sikapnya yang suka mengganggu ketenteraman rakan-rakan yang lain dengan dialek Cinanya yang kurang difahami kadangkala boleh menimbulkan pertikaman lidah antara mereka. Maklumlah, pelajar tingkatan satu. Agak kebudak-budakan.
ANALOGI TIMBUL SECARA SPONTAN
Pada hari itu, saya agak sibuk menanda kertas PEKA. Jadi persediaan saya agak kurang untuk mengajar tajuk Matter. Selalunya saya akan gunakan slide powerpoint sebagai alat bantu mengajar pada waktu kecederaan seperti ini, tetapi kebetulan pula kelas mereka baru ditukarkan ke lokasi yang agak jauh daripada makmal membuatkan saya berfikir dua kali untuk mengarahkan mereka ke makmal. Mesti memakan masa yang agak lama. Jadi, pada hari tersebut saya hanya mengajar di adalam kelas, menggunakan kaedah tradisional. Marker dan whiteboard.
Selalunya, untuk mententeramkan kelas itu, saya akan menulis atau melukis nota di papan putih, biarkan mereka menyalin nota dan kelas akan sunyi seketika kerana mereka ada kerja yang perlu disiapkan. Jadi, tidak perlulah saya membazirkan suara saya menjerit meminta mereka diam. Sementara itu, sempat jugalah saya menghabiskan kerja-kerja menanda PEKA. Taktik tersebut saya dapat kesan setelah beberapa kali mengajar kelas itu. Walaupun gaya pengajaran tersebut lebih berpusatkan guru, saya puas hati kerana mereka akan mendengar arahan saya dengan jelas dan baik.
Setelah beberapa minit memberikan masa untuk menyalin nota, maka saya pun mulakanlah penerangan saya mengenai Matter. Bermula dengan definition of matter, seterusnya memberikan pelbagai contoh agar mereka lebih faham bagaimana dikatakan jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus serta terpisah (tiny and discrete particles) dan jirim mempunyai jisim (matter has mass). Kemudian, mulalah penerangan saya mengenai jirim boleh berada dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas (solid, liquid and gas). Seperti biasalah, untuk kelas-kelas seperti ini saya perlu memberi penerangan berulang-ulang kali agar mereka lebih memahami. Bermula dengan penerangan dalam bahasa Inggeris diikuti pula dengan penerangan dalam Bahasa Melayu.
Memandangkan muka mereka yang blur tapi buat-buat faham tersebut membuatkan saya terasa kesian bercampur rasa lucu. Agaknya macam nilah dulu sewaktu saya jadi pelajar. Apabila cikgu tanya faham ke tak, dengan cepat jawab FAHAM, hakikatnya dalam otak masih bersimpang siur. Bila balik asrama mulalah berfikir macam manalah nak faham balik apa yang cikgu ajar.. untung ada rakan-rakan yang banyak membantu. Tiba-tiba timbul idea spontan untuk membuat analogi bagi membantu mereka agar lebih faham. Faktanya mudah sahaja, nak bagi mereka ingat yang perbezaan bentuk fizikal pepejal, cecair dan gas adalah disebabkan perbezaan susunan zarah di dalamnya.
TERKENA
Susunan zarah pepejal yang rapat antara satu sama lain akibat daya tarikan antara zarah yang kuat menyebabkan pepejal mempunyai rupa bentuk yang tetap, tidak mudah berubah. Saya pun buatlah cerita, kalaulah kamu sekelas berkerjasama, saling bantu membantu antara satu sama lain serta berusaha bersama-sama sudah tentu kamu akan jadi sekuat pepejal. Tidak mudah diperkotak katikkan oleh orang lain. Tapi alangkah malangnya jika ahli kelas kamu jadi selemah zarah cecair (liquid) atau lebih teruk zarah gas kerana akibat daripada tidak berkerjasama dan tidak saling bantu membantu, mereka tidak mempunyai bentuk yang tetap, suka mengikut bentuk bekas yang mengisi mereka. Jadilah seperti orang yang tidak kuat pendirian, suka mengikut orang lain. Jika orang lain buat jahat, kita pun ikut sama nak buat jahat. Begitulah syarahan saya yang cukup pedas terasa jika ada yang makan cilinya. Memang saya tujukan buat beberapa pelajar yang agak bermasalah kerana suka bercampur dengan rakan-rakan yang bermasalah.
Nampaknya teknik ini berkesan, mereka dah mula ingat perbezaan susunan zarah dalam pepejal, cecair dan gas serta mengaitkannya dengan bentuk fizikal. Jadi sebelum kelas berakhir, saya cuba menguji semula adakah mereka ingat lagi fakta tadi. Nampaknya cerita itu melekat dalam fikiran mereka. Tapi ada suatu hal yang tak saya duga, bila saya buat kesimpulan..saya bertanya..kamu mesti jadi macam?...mereka jawab solid..tapi jangan jadi macam?...mereka pun jawab Lee Kuan Siang. Terpinga-pinga Lee Kuan Siang mendengar namanya disebut. Alahai dia terkena rupanya. Bukan niat saya pun nak mengenakan dia.
...juga digeruni….Wallahu’alambissawab...Semoga Allah menunjukkan kebenaran,meyungkurkan kebatilan...Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil....